Dalam satu perlawanan bola sepak yang sengit antara dua sekolah menengah tempatan yang merupakan pesaing lama, Eagles dan Pioneers, pasukan Eagles berjaya menendang bola ke dalam gol. Bola masuk ke dalam jaring tetapi keluar dari lubang jaring yang terkoyak. Oleh sebab pengadil tidak terlihat bola itu masuk ke dalam gol dan menanggap bola itu adalah di luar jaring, maka dia memutuskan ia bukan jaringan. Jurulatih pasukan Pioneers nampak jaringan gol tersebut dan secara sukarela mengesahkan tuntutan jurulatih Eagles, walaupun dia boleh sahaja berdiam diri. Pengadil pun menghitung gol tersebut. Akhirnya pasukan Pioneers tewas dalam perlawanan dengan gol 3–2.

Walaupun mudah untuk kita bersuara apabila sesuatu itu memberi keuntungan kepada kita, Alkitab menggalakkan orang yang percaya kepada Yesus untuk “sentiasa berusaha ke arah kebaikan bagi dirimu dan semua orang” (1 Tesalonika 5:15). Walaupun mudah bagi kita bersuara demi faedah untuk diri sendiri, Alkitab menggalakkan orang yang percaya kepada Yesus agar “sentiasa berusaha ke arah kebaikan bagi dirimu dan semua orang” (1 Tesalonika 5:15). Kita sering cenderung berbuat baik kepada orang yang kita suka atau rapat, tetapi arahan Alkitab ini menuntut lebih, iaitu berbuat baik bahkan kepada pesaing kita dengan ikhlas, “tanpa mengharapkan apa-apa” sebagai balasan (Lukas 6:35).

Berbuat baik kepada pesaing atau lawan mungkin merujuk kepada keadaan seperti membela bagi pihak rakan sekerja yang berusaha untuk mendapatkan satu jualan, walaupun itu bermakna dia akan mendapat bonus yang lebih besar. Berbuat baik juga boleh menyapu daun-daun gugur di rumah jiran walaupun dia mungkin tidak akan mengucapkan terima kasih.

Apabila kita secara aktif berbuat baik kepada orang lain, kita menunjukkan bahawa kasih Tuhan meliputi semua orang.