Apabila rakan saya, Connor, mengambil gambar menggunakan kamera filem lamanya, dia tidak kisah pun untuk mencari pencahayaan yang menarik, mengedit dengan membuang cela ataupun memotong bahagian gambar yang tidak menarik. Gambar-gambarnya adalah asli. Gambar-gambar itu menonjol dalam paparan media sosial saya, bersebelahan dengan gambar-gambar orang dan tempat lain yang cantik tetapi telah diedit secara berlebihan. Walaupun karyanya tidak dibuat dengan cara standard, ia tetap dianggap cantik kerana menonjolkan rupa sesuatu yang sebenar.
Setiap kita mendambakan apa yang nyata, tetapi kadangkala kebenaran itu tidak menarik bagi kita. Menjelang waktu kematian-Nya, Yesus menyatakan, “Akulah…kebenaran” (Yohanes 14:6). Murid-murid-Nya tertanya-tanya bagaimana mereka boleh sampai ke rumah Bapa yang sangat dirindukan Yesus (ayat 2-3). Meraka gagal melihat bahawa Yesus yang berdiri di hadapan mereka ialah jawapan. Sukar untuk mereka memahami bahawa Dia akan membawa kemenangan melalui pengorbanan-Nya sendiri.
Yesaya menubuatkan bahawa Mesias yang akan datang “tidak ada keelokan dan tidak ada semarak”, Dia “tidak ada tampang sehingga kita menginginkan dia” (Yesaya 53:2). Kebanyakan perkataan Yesus adalah sangat mencabar dan tidak dijangka sehingga ahli-ahli agama menentang Dia (Yohanes 11:45-48). Namun Dia memberikan jemputan terbuka kepada semua orang untuk mengetahui kebenaran dan mencari kehidupan sebenar. “Dengan mengenal-Ku,” kata Yesus, “kamu mengenal Bapa-Ku juga” (Yohanes 14:7). Di tengah dunia yang tidak realistik dan penuh penipuan, kita boleh menerima kebenaran yang sejati itu hari ini!