Dengan rasa ingin tahu, saya pernah melawat pameran pembukaan yang diadakan di 9/11 Memorial & Muzium, New York, tetapi sukarnya untuk mengawal emosi saya. Semuanya berubah apabila kami memasuki ruang pameran utama, yang dengan bijiaknya tidak terbuka untuk kanak-kanak dan pengunjung yang tidak sanggup untuk melihat gambar-gambar yang amat menyayatkan hati. Ketika saya membaca satu demi satu kisah yang menyedihkan akibat kehilangan yang dahsyat ini, rasa sedih mendalam muncul bertalu-talu dalam diri saya.
Apabila kita menyaksikan atau mengingati kemusnahan dan kesakitan sedemikian, kita turut terasa menangis bersama mereka yang menyuarakan kesedihan mereka kepada Tuhan. Ini termasuk kata-kata kesedihan yang terdapat dalam Kitab Ratapan, yang dipercayai oleh kebanyakan sarjana telah ditulis oleh nabi Yeremia selepas kemusnahan Yerusalem. Dalam struktur puisi yang tersusun rapi, dia melepaskan kesedihan dan kedukaan atas penderitaan umat Tuhan: “Ya, TUHAN, lihatlah, betapa besar ketakutanku, betapa gelisah jiwaku; hatiku terbolak-balik di dalam dadaku” (Ratapan 1:20). Namun, dia tetap memandang kepada Tuhan sebagai hakim tertinggi, mengetahui bahawa hanya Dia yang dapat menangani dosa dan kehancuran: “Biarlah segala kejahatan mereka sampai ke hadirat-Mu” (ayat 22).
Seruan yang jujur seperti ini kepada Tuhan boleh menjadi pertolongan kita, apabila kita bergelut dengan tragedi yang menyakitkan seperti yang berlaku pada 11 September 2001, atau perbuatan jahat yang lain pada masa kini. Kita memandang kepada Tuhan untuk mendapatkan pertolongan, harapan, penghiburan, dan keadilan.