Month: September 2025

Keindahan daripada Tragedi

Tasek Coniston di Daerah Tasik England yang indah ialah satu tempat percutian kegemaran bagi banyak keluarga di UK. Perairannya sangat sesuai untuk berperahu, berenang, dan sukan-sukan air yang lain. Namun, tempat yang indah itu juga adalah satu lokasi tragedi besar. Pada tahun 1967, Donald Campbell memandu kapal hidro Bluebird K7, dan cuba memecahkan rekod kelajuan air dunia. Dia mencapai kelajuan maksimum 528 km sejam, tetapi dia tidak sempat meraikan kejayaannya kerana Bluebird terhempas, dan Campbell terbunuh.

Tuhan, Perlindungan Kita yang Setia

Salah satu kenangan zaman kanak-kanak yang tidak dapat dilupakan bagi anak perempuan saya ialah pada hari ayahnya mengajar dia menunggang basikal tanpa roda sokongan. Pada satu ketika semasa di luar, suami saya meletakkan kakinya di hab roda belakang basikal (manakala anak saya meletakkan kakinya di atas kayuh dan mereka berkongsi pemegang) supaya mereka boleh meluncur turun cerun kecil bersama-sama. Dia masih ingat ayahnya ketawa terbahak-bahak—satu kontras yang ketara dengan pengalamannya yang menakutkan pada ketika itu. Kayuhan itu sangat singkat kerana semuanya berlaku terlalu pantas bagi suami saya untuk berhenti sejenak dan memahami ketakutan anaknya. Apabila mereka mengimbas kembali kejadian itu pada hari ini, suami saya selalu dengan lembut membalas dan meyakinkannya bahawa dia tahu semuanya akan baik-baik saja.

Kebetulan dan Pemeliharaan Tuhan

Kawasan kejiranan Dante di Manila sering dilanda banjir. Pada hari hujan, budak kecil itu sampai ke sekolah dengan menyeberangi sebatang jambatan kayu sementara, yang dibuat oleh jirannya, Tomas. “Pak Tomas menyelesaikan masalah pengakutan di masyarakat kami,” kata Dante. “Dia akan menolong saya menyeberangi jambatan dan melindungi saya daripada hujan.”

Menyelamatkan Nyawa

Adolfo Kaminsky tahu cara untuk menghapuskan dakwat kekal dari kertas. Sebagai ahli gerakan penentang Nazi di Perancis, dia mengubah butiran pada kad pengenalan untuk menyelamatkan ratusan orang daripada dihantar ke kem maut. Pernah sekali dia diberi masa tiga hari untuk memalsukan sembilan ratus sijil kelahiran dan pembaptisan serta kad catuan untuk tiga ratus kanak-kanak Yahudi. Dia bekerja selama dua hari berturut-turut tanpa tidur, dan berkata kepada dirinya, “Dalam masa sejam aku boleh menghasilkan tiga puluh kad pengenalan palsu. Tapi jika aku tidur selama satu jam, tiga puluh orang akan mati.”

Kesetiaan Tuhan Membentuk Gereja yang Hidup

Kesetiaan Tuhan Membentuk Gereja yang Hidup


Kerana TUHAN baik, kasih-Nya untuk selama-lamanya; dan kesetiaan-Nya kekal turun-temurun, zaman-berzaman.  —Mazmur 100:5 

Sejak tahun 2010, saya telah menjadi sebahagian daripada sebuah gereja lokal. Sepanjang lebih daripada 10 tahun bersama, saya melihat sendiri bagaimana doa bersama, pelayanan, dan sokongan sesama telah menolong saya bertumbuh dalam iman. Pengalaman itu menyedarkan saya bahawa kesetiaan Tuhan bukan hanya dapat…