Kanada dan pulau Saint Lucia menyambut Hari Kesyukuran pada bulan Oktober. Liberia mengadakan kesambutan hari itu pada awal bulan November, manakala Amerika Syarikat dan Australia menyambutnya di hujung bulan tersebut. Negara-negara lain seperti United Kingdom, Brazil, Rwanda dan Filipina pula mempunyai hari-hari tidak rasmi untuk menyemai semangat bersyukur ini.

Ada sesuatu yang sangat luar biasa apabila seluruh bangsa bersama-sama mengucapkan rasa syukur. Inilah situasi yang kita saksikan ketika Raja Daud mengumpulkan seluruh bangsa Israel untuk mengucapkan syukur kepada Tuhan atas kehadiran, perlindungan dan janji-janji-Nya. Sambutan ini menandakan kepulangan “tabut perjanjian Allah” (1 Tawarikh 16:1). Rakyat bersukacita kerana tabut itu, yang merupakan simbol kehadiran Tuhan, kini berada di Yerusalem. Ketika Daud memimpin bangsa Israel untuk memuji Tuhan, dia mengingatkan mereka tentang perlindungan Tuhan semasa mereka menakluki tanah Kanaan (ayat 18-22) dan merayakan kesetiaan Tuhan yang menepati janji-janji-Nya (ayat 15).

Jika anda menyambut Hari Kesyukuran bersama keluarga dan rakan, jadikanlah hari itu sebagai peluang untuk mengadakan pertemuan untuk bersyukur dan merenungkan bagaimana Tuhan telah hadir, melindungi dan menepati janji-janji-Nya dalam hidup anda sepanjang tahun tersebut. Sama ada negara anda menyambut Hari Kesyukuran secara rasmi atau tidak, setiap kita boleh meluangkan masa untuk “mengucap syukur kepada TUHAN kerana Dia baik, kasih-Nya kekal selama-lamanya” (ayat 34).