Hari 5: Lepaskan Tanganmu
BACA: Mazmur 46
Diamlah, dan ketahuilah Aku Allah; Aku akan dimuliakan dalam kalangan bangsa-bangsa, Aku akan dimuliakan di bumi ini. (Mazmur 46:10)
Saya masih ingat permainan menggigit epal yang digantung semasa kecil. Dalam permainan ini, tangan harus diikat di belakang dan saya perlu menggigit epal yang terapung tanpa bantuan tangan. Ia memang pengalaman yang membuat saya rasa kecewa dan tidak berdaya.…
Hari 4: Disiplin atau Penyesalan
Ayat Kunci: Orang zalim akan menanggung pelbagai penderitaan, tetapi orang yang percaya kepada TUHAN akan dilimpahi kasih setia. (Mazmur 32:10) Semasa kem latihan musim panas, jurulatih sebuah pasukan bola sepak memakai kemeja-T dengan satu motto yang bertujuan memberi semangat kepada para pemain mereka agar berusaha bersungguh-sungguh. Pada baju itu tertulis:
“Setiap hari anda perlu memilih: Kesakitan disebabkan disiplin atau…
Hari 3: Bimbinglah Aku ke Pernaungan
Dari hujung bumi aku akan merayu kepada-Mu, ketika hatiku tertekan; bimbinglah aku ke tempat batuan yang lebih tinggi daripadaku. (Mazmur 61:2)
Semasa saya sedang membeli sebuah alat pelembap, saya mendapati seorang wanita tua berulang alik di lorong rak yang sama. Saya menganggap mungkin dia juga hendak membeli alat pelembap, jadi saya menunggu dia di tepi. Tidak lama kemudian…

Mewakili Yesus
Pada hari pertama di sebuah kem, Alan mengajar remaja tentang kemahiran keusahawanan, seorang pelajar berkata, “Encik seorang Kristian, bukan? Saya boleh tahu.” Sebelum Alan sempat memberitahu bahawa dia seorang Kristian atau memakai stokin dan tali leher kegemarannya yang ada simbol Kristian, remaja itu berkata dia nampak Yesus melalui kata-kata, perbuatan dan sikap Alan. Kemudian mereka berbincang bagaimana mereka boleh lebih mewakili Yesus dengan lebih baik di mana sahaja mereka berada.

Sedia Belajar daripada Tuhan
Selepas Kat mengetahui dia hamil, dia berhenti sekolah menengah untuk menjaga anak perempuannya. Lima belas tahun kemudian, Kat menjadi ibu yang bekerja dengan tiga orang anak, dan dia masih menyimpan impian untuk menjadi jurusolek berlesen. Dengan kerendahan hati dan semangat, dia kembali belajar dalam satu program sokongan GED (Sijil Pengganti Diploma Sekolah Menengah) yang percuma. Kembali ke bangku sekolah setelah sekian lama adalah pengalaman yang merendahkan hatinya. “Program ini telah mengubah hidup saya!” kata Kat. “Cikgu saya sangat hebat dan sentiasa memberi semangat.”

Keluar dari Kegelapan
Sebuah kapal tunda karam kira-kira 32-kilometer dari pantai Nigeria, terbalik dan tenggelam ke dasar laut. Sebelas anak kapal lemas, tetapi tukang masak kapal, Harrison Odjegba Okene, terselamat kerana menemui ruang udara dan menunggu di situ. Dia hanya ada sebotol minuman Coke sebagai bekalan, dan kedua-dua lampu suluhnya habis bateri dalam tempoh 24 jam pertama. Selama tiga hari yang menggerunkan, Okene terperangkap sendirian dalam kegelapan di dasar laut. Dia hampir hilang harapan apabila para penyelam yang datang untuk mengambil mayat, menemuinya sedang duduk menggigil jauh di dalam badan kapal.