Seorang pesakit muda membunuh diri kerana dia tidak mampu membayar tambang bas ke hospital untuk rawatan kesihatan mental. Kejadian itu membuatkan Dr. Chibanda berasa amat dukacita. Jadi dia mencuba pelbagai cara untuk memudahkan orang mendapatkan rawatan. Maka lahirnya program Bangku Persahabatan (Friendship Bench), sebuah program bahawa para ahli terapi akan duduk di bangku yang ditempatkan secara rahsia, sedia untuk memberi kaunseling kepada orang yang memerlukan. Siapakah yang dilatihnya untuk menjadi ahli terapi? Nenek-nenek! Dalam sebuah temu bual, Dr. Chibanda berkata, “Nenek-nenek amat memahami dan mengasihi komuniti tempatan … mereka mempunyai kemampuan luar biasa untuk … membuat orang berasa dihormati dan difahami.”
Dalam Nehemia 3, kita membaca tentang satu lagi projek yang melibatkan kumpulan-kumpulan yang bukan “’pakar”. Mereka sedar bahawa tembok kota perlu dibina semula agar mereka “tidak lagi menjadi bahan cacian” (2:17). Ketika Yerusalem berada dalam keruntuhan, bangsa-bangsa sekeliling mengejek kekalahannya. Selain daripada tukang emas yang mahir seperti Uzziel (3:8), orang lain yang mungkin memiliki bakat berbeza, seperti Salum, seorang pemerintah daerah, juga turut membantu (ayat 12).
Sepertimana Dr. Chibanda melihat pengaruh dan belas kasihan nenek-nenek untuk membawa perubahan dalam kesihatan mental di Zimbabwe, semoga Tuhan membuka mata kita untuk melihat potensi baik setiap orang. Tuhan telah mengurniakan setiap kita dengan pengalaman, sumber, dan bakat yang unik (Roma 12:6). Marilah kita rela dipakai-Nya untuk membangun gereja dan melayani komuniti kita.
