Pada akhir tahun 1800-an di Amerika Barat, usaha mencari tulang dinosaur telah mencetuskan persaingan sengit yang dikenali sebagai Perang Tulang. Dua orang ahli paleontologi bersaing hebat untuk membuat penemuan paling penting dalam bidang tersebut. Seorang penulis menjelaskan bahawa untuk memperoleh pencapaian tinggi, dua orang itu sanggup menggunakan taktik yang tidak beretika, termasuklah memberi rasuah, mencuri, bahkan memusnahkan tulang dinosaur. Akibat tindakan yang saling merosakkan hasil kerja, kedua-dua orang itu akhirnya menjejaskan reputasi mereka sendiri.

Pertelingkahan dan persaingan memang tidak dapat dielakkan dalam dunia yang hancur ini. Namun cara kita memilih untuk menghadapi konflik mendedahkan apa yang ada dalam hati kita. Paulus mengetahui konflik antara dua orang wanita dalam gereja di Filipi dan menulis, “Aku merayu kepada Euodia dan Sintikhe supaya bersatu hati dalam Tuhan.” Dia meminta seorang saudara seiman untuk “membantu perempuan-perempuan ini yang telah berusaha bersamaku untuk Injil” (Filipi 4:2-3).

Apabila kita mendapati diri kita bercanggah sesama orang yang percaya dalam Yesus, kita memerlukan pertolongan Roh Kudus. Ketika kita berserah kepada Roh Kudus untuk menuntun hati kita, Dia akan menolong kita menunjukkan buah Roh dalam kehidupan kita (Galatia 5:22-23). Kita akan mengalami penyembuhan dan kedamaian—bukan untuk reputasi kita, tetapi demi kemuliaan Kristus dan Injil.