Saya tidak dapat tunggu. Saya dan suami baru pulang dari pasar raya; dan ketika kami mengeluarkan barangan runcit, saya tercari-cari—tetapi tidak menjumpai beg donat. Kemudian saya periksa resit. Tiada donat. Kecewa, saya mengeluh, “satu-satunya benda yang saya mahukan dari kedai ialah donat!” Lima belas minit kemudian, suami saya menghulurkan satu beg donat. Dia meredah salji sekali lagi dan menyelinap keluar untuk membelinya. Selepas saya memeluknya erat, saya berkata dengan malu, “saya bersyukur kamu pulang dengan selamat hanya untuk puaskan keinginan saya!”
Saya biasanya tidak mudah gelisah hanya kerana donat! Tetapi ia merupakan minggu yang meletihkan secara emosi, dan saya mencari hiburan melalui donat—dan saya mengalami sukacita yang jauh lebih besar melalui kasih dan belas kasihan suami saya.
Penghiburan yang kita dapat daripada memuaskan keinginan kita selalunya adalah singkat. Seperti yang rasul Paulus sampaikan kepada jemaah di Korintus, penghiburan yang benar—dan berkekalan—datang daripada “Allah sumber segala penghiburan” (2 Korintus 1:3).
Paulus memahami kesusahan dan keperluan yang mendalam para pembacanya. Seperti mereka, dia berhadapan dengan ujian hidup setiap hari, termasuk penganiayaan kerana imannya. Oleh sebab Tuhan telah menghiburkannya, dia dapat menghiburkan mereka (ayat 4).
Pada saat kita berpaling kepada Yesus, kita menemukan ketenangan dan penghiburan. Setelah kita mengalami penghiburan-Nya, kita dapat menyalurkannya kepada orang lain.
