
Bersyukur atas Pemberian Tuhan
S eorang lelaki tua mengambil masa yang lama untuk meneliti beg sekolah kanak-kanak di dalam kedai. Dia berkata kepada saya, “Saya mahu beli beg ini untuk hari jadi cucu perempuan saya. Saya harap dia suka hadiah saya.” Di kaunter bayaran, dia memeluk beg galas berwarna merah jambu dengan gambar watak kartun. Dia kelihatan teruja.

Hari Ini Sangat Berharga
Pham, seorang pengumpul jam dari Vietnam telah mengumpul sebanyak dua puluh buah jam gereja dari seluruh Eropah, yang kebanyakannya telah digantikan dengan versi elektronik. Salah sebuah jam buatan Itali, yang berasal dari tahun 1750, masih menunjukkan waktu dengan tepat dengan luar biasa. Pham menikmati proses membaiki dan memelihara jam-jam tersebut, katanya, jam ini mengingatkannya betapa berharganya masa, dan kita patut menghargai setiap detik.

Masa Depan yang Disediakan Tuhan
Kita hidup di era internet yang tidak akan lupa apa-apa—nampaknya setiap foto, hantaran, dan entri blog dapat disimpan selama-lamanya. Namun, satu enjin carian utama memperkenalkan satu ciri privasi yang membenarkan pengguna memintadata peribadi seperti nombor telefon, alamat rumah dan selebihnya dipadamkan. Walaupun ini tidak jamin akan memadam data tersebut sepenuhnya daripada internet, peluang untuk orang lain mengakses data peribadi kita telah banyak dikurangkan, malah memberikan individu rasa kawalan terhadap jejak digital mereka.

Kecil dan Perkasa
Pada 9 Disember 1987, seekor tupai telah menggigit kabel kuasa di Connecticut, Amerika Syarikat, sehingga menimbulkan gangguan pada Nasdaq, sebuah bursa saham terbesar yang beroperasi sepenuhnya secara elektronik. Kemudian segala maklumat pada skrin besarnya mula berkelip, terhenti secara perlahan dan akhirnya terpadam. Beberapa buah syarikat terbesar dunia menjadi lumpuh dan “lenyap” dalam senarai. Pelbagai badan ekonomi global memerhati dengan penuh cemas selama hampir satu jam setengah. Semua hanya kerana seekor haiwan kecil berbulu yang gigih!
