Kebanyakan orang akan mengelak George Chase. Dia tinggal di sebuah pondok seluas dua belas kaki persegi di dalam hutan, berdekatan dengan muara yang Sungai Pawcatuck di New England bertemu dengan Teluk Little Narragansett. Bagi penduduk tempatan, jelas sekali George tidak mempunyai bilik mandi. Bau badannya yang tercium menjadi buktinya.
Pada suatu hari, taufan membawa Lautan Atlantik meluru di pantai laut, menghanyutkan beberapa buah rumah di tepi pantai. Penduduk yang terselamat melarikan diri dari teluk dan mula mencari perlindungan. Antara sebelas orang itu, yang basah kuyup dan menggigil, ditemui berlindung di dalam kabin George. Dia membekalkan semua yang dia ada: air, susu, teh halia, dan tempat tinggal. Selepas taufan tahun 1938, penduduk bandar tersebut mempunyai pendapat yang jauh berbeza tentang George Chase.
Sungguh menyedihkan apabila kita membuat penilaian yang cetek tentang orang lain, namun itulah sifat kita. Kita juga melakukan hal yang sama terhadap Yesus. Kita mungkin membayangkan Dia seperti yang digambarkan dalam lukisan lama, kelihatan tampan dan tenang. Tetapi nabi Yesaya mengatakan tentang Mesias, “tidak ada keelokan dan tidak ada semarak pada-Nya … Dia dihina sehingga orang menutup muka terhadap dia, dan kita pun menganggapnya tidak penting” (Yesaya 53:2-3). Namun Yesus memberikan setiap kita yang Dia ada. “Dialah yang menanggung penyakit kita dan memikul derita kita” (ayat 4). Dia memberikan hidup-Nya untuk kita.
Sungguh tragis jika kita terlepas pandangan kemanusiaan sesama kita yang indah. Namun, jika kita menghina Mesias, Penyelamat kita yang mulia, ini bertambah tragis!
