Ketika sekolah di seluruh dunia menghantar para pelajar pulang demi menjaga kesihatan dan keselamatan semasa wabak koronavirus, bangunan dan stadium mereka menjadi kosong. Setelah menyedari bahawa ramai orang sedang mengalami penderitaan yang lebih berat akibat wabak ini, para guru mencari beberapa cara untuk menunjukkan kepada para pelajar bahawa mereka dirindui, dan menggalakkan mereka agar terus tabah mengharungi masa yang sukar. Banyak sekolah memulakan satu inisiatif yang dipanggil cabaran “Jadilah Cahaya”, yang mereka menyalakan lampu stadium yang kosong itu pada setiap malam.
Semasa Yesus hidup di dunia, Dia juga mengajak para pengikut-Nya untuk “menjadi cahaya”, Dia berkata, “Biarlah cahayamu juga bersinar di hadapan orang ramai” (Matius 5:16). Tujuan-Nya bukan sekadar untuk memberi semangat atau sokongan moral, tetapi supaya melalui hidup kita, orang lain dapat mengenal Tuhan. Cara kita hidup—melalui kata-kata dan perbuatan—menunjukkan pengharapan yang diberikan oleh Yesus kepada kita, sehingga pengharapan itu dapat dilihat oleh semua orang, seperti sebuah pelita yang diletakkan di tempat yang tinggi.
Yesus memanggil kita sebagai “cahaya dunia” dan mencabar kita untuk menerangi jalan orang lain dengan cahaya-Nya yang memancar melalui kita, apabila mereka berjalan di jalan yang gelap. Bagi mereka yang belum mengetahui harapan yang ditawarkan oleh Yesus, kongsilah cahaya-Nya melalui cara hidup kita dapat mengarahkan mereka kepada Tuhan, yakni sumber segala harapan kita.
