Saya memejamkan mata ketika roller-coaster di taman hiburan mencapai tujahan tertinggi—dan cuba mengabaikan semua bunyi keriang-keriut yang keluar daripada tarikan yang sangat popular ini. Apabila ia berhenti seketika, saya melakukan kesilapan kerana saya mengintip dan terkejut melihat terjunan yang bakal kami hadapi! Saya memejamkan mata sekali lagi dan menjerit dengan sekuat-kaut hati ketika roller-coaster itu turun dengan sungguh laju. Kenangan zaman kanak-kanak itu masih membuatkan saya menggigil.

Kekadang dalam hidup, kita rasa kita ‘jatuh’ dalam kesusahan tanpa pertolongan daripada sesiapa. Tetapi apabila hidup kelihatan huru-hara dan di luar kawalan, kita berasa lega kerana mengetahui bahawa Tuhan bersama kita. Sebagai orang percaya, kita tahu bahawa Tuhan tinggal di dalam kita melalui Roh Kudus. Kita boleh bercakap dengan-Nya dan dibimbing oleh firman Tuhan.

Tuhan meyakinkan orang Israel bahawa Dia akan “memegang” mereka walaupun mereka tengah “jatuh” akibat pemberontakan. Dia berfirman melalui nabi Yesaya, “Jangan takut, kerana Aku berserta denganmu. Jangan cemas, kerana Akulah Allahmu. Aku akan menguatkan, bahkan akan menolong engkau. Ya, Aku akan menopang engkau dengan tangan kanan-Ku yang yang penuh kebenaran” (Yesaya 41:10). Tuhan mahu mereka tahu bahawa Dia akan menolong mereka melalui segala cabaran dalam hidup mereka (ayat 13). Betapa gembiranya hati umat Israel kerana mengetahui bahawa Tuhan tidak meninggalkan mereka walaupun mereka hidup sebagai orang yang dibuang ke negeri asing.

Apabila hidup kita terasa seperti di luar kawalan, tidak usah kita berasa takut atau gelisah, kerana Tuhan selalu hadir untuk menolong kita. Kita aman di tangan-Nya yang perkasa dan penuh kasih.