Month: Mei 2026

Melihat Keagungan Tuhan

Dalam soneta “God’s Grandeur (Keagungan Tuhan), karya penyair Gerard Manley Hopkins pada abad kesembilan belas, seniman sastera ini meraikan bagaimana ciptaan di dunia ini “terpenuhi” dengan keagungan Tuhan. Hopkins menggambarkan kemuliaan Tuhan yang menakjubkan, bernyala dan berkilau “seperti cahaya yang terpancar daripada kerajang logam.” Namun demikian, jika keindahan Tuhan begitu terserlah, mengapakah begitu ramai orang terlepas pandang? Hopkins berpendapat bahawa salah satu sebabnya ialah manusia telah menutupi segala sesuatu dengan “kotoran manusia” dan “bau manusia”—sehingga ramai orang tidak mampu lagi untuk melihat apa-apa selain diri mereka sendiri.

Tanah yang Subur dalam Tuhan

Pada penghujung musim bunga setiap tahun, saya akan menanam benih timun di kebun kami. Benih-benih itu cepat mengeluarkan daun, tetapi mengambil masa untuk melihat buahnya. Sebenarnya, pada suatu musim panas selepas saya menyirami benih-benih itu dan menunggu, saya tertanya-tanya sama ada saya akan mendapat walau sebiji timun pun. Saya berfikir, Adakah ini disebabkan benih dibubuh dengan terlalu rapat, atau tanah belum cukup panas semasa saya menanamnya? Akan tetapi, pada suatu hari saya ternampak satu buah timun kecil yang hijau muncul. Satu minggu berikutnya, muncul lagi satu. Kemudian satu lagi. Dalam beberapa minggu sahaja, pokok yang mulanya hanya menjalar kini menghasilkan cukup buah untuk saya membuat salad selama seminggu.

Menantikan Tuaian

Pada tahun 1962, Joanne Shetler dan Anne Fetzer menempuh perjalanan yang sukar dengan menaiki bas dan berjalan kaki ke kawasan pergunungan berceranggah yang terpencil di Filipina untuk berkongsi Injil dengan orang yang belum pernah mendengar nama Yesus.

Makin Mengenal Tuhan Kita

Sebaik sahaja saya terjun ke dalam kolam, gogal saya dipenuhi air dan saya hampir tidak dapat melihat apa-apa. Walaupun tidak menerima latihan renang secara formal, saya berikhtiar perlahan-lahan untuk menghabiskan dua pusingan dalam lumba renang yang saya sertai secara spontan. Bertahun-tahun kemudian, selepas mengikuti kelas untuk mempelajari teknik pernafasan dan teknik renang yang betul, saya seronok mempelajari keempat-empat kuak renang dalam pertandingan.

Bolehkah Orang Kristian Menyertai Unduk Ngadau?

Bolehkah Orang Kristian Menyertai Unduk Ngadau?

Soalan 1: Adakah benar orang Kristian yang sudah lahir kembali tidak akan menyertai Unduk Ngadau?

Jawapan:
Pandangan seperti ini perlu dilihat dengan lebih berhati-hati. Mengaitkan keselamatan dengan penyertaan dalam sesuatu acara boleh membawa kepada pemahaman bahawa keselamatan ditentukan oleh perbuatan manusia. Namun Alkitab menegaskan bahawa keselamatan adalah anugerah daripada Tuhan sendiri. Oleh itu, penyertaan dalam pertandingan…