Semasa saya melawat seorang pesakit di hospital, saya tersentuh melihat tindakan seorang doktor muda yang berdiri bersama sekumpulan doktor pelatih lain. Mereka mendengar dengan penuh perhatian ketika seorang doktor yang lebih berpengalaman menerangkan keadaan kesihatan seorang pesakit wanita. Tiba-tiba, pesakit itu dengan cemas memberitahu bahawa dia perlu ke tandas tetapi tidak mampu bangun sendiri. Malah, dia tidak sabar menunggu pembantu jururawat dipanggil masuk ke bilik itu.

Dalam suasana yang tegang itu, doktor muda tersebut segera mengambil alas katil dari rak. Apabila pembantu jururawat tiba, dia terkejut melihat pesakit itu sudah dibantu. Ketua doktor dengan bangganya mengakui bahawa doktor muda itulah yang telah membantu pesakit tersebut.

Yesus tidak mempertahankan keilahian-Nya dan tidak menolak untuk menolong manusia. Dia yang “sekalipun dalam bentuk Allah, [Dia] tidak menganggap kesetaraan dengan Allah sesuatu yang harus dipertahankan” (Filipi 2:6). Dalam keadaan sebagai manusia, Kristus menjadi korban penghapus dosa kita dan menyerahkan nyawa-Nya demi kita. Dia melihat bahawa manusia memerlukan pertolongan dan keselamatan, lalu Dia merendahkan diri-Nya dan sanggup mengorbankan nyawa-Nya demi menyelamatkan manusia (ayat 8). Paulus menulis, ” Dia telah mengetepikan martabat diri-Nya, mengambil bentuk seorang hamba” (ayat 7).

Kita dipanggil untuk meneladani sikap dan pengorbanan Yesus dalam hubungan kita dengan sesama. Dengan pertolongan-Nya, marilah kita melayani dengan rendah hati, walaupun tugas itu kelihatan kecil atau hina.