Setelah menempuh perjalanan yang panjang, saya dan isteri akhirnya menghampiri jalan yang menuju ke rumah kami. Namun, sebuah papan tanda besar bertulis JALAN DITUTUP telah menghalang laluan kami. Saya tergoda untuk memandu mengelilingi papan tanda itu kerana rumah kami sudah dekat, dan saya tidak suka mengubah laluan lagi. Tetapi kemudian saya menyedari sebab jalan itu ditutup: Sebatang talian elektrik telah tumbang merentangi jalan. Jika saya mengabaikan amaran tersebut, saya mungkin berdepan bahaya.
Dalam Kisah Para Rasul 16:6-10, Paulus dan rakan-rakannya sangat ingin memberitakan Injil di wilayah Asia, tetapi Roh Kudus menutup pintu itu. Namun, lencongan tidak semestinya bermaksud penolakan; ia juga boleh menjadi pimpinan Tuhan. Seperti sekatan di jalan kami, Tuhan menghalang Paulus memasuki wilayah Bitinia. Itu pasti mengecewakan, terutamanya ketika Paulus sedang berusaha untuk melakukan sesuatu yang baik. Tetapi kemudian, Paulus mendapat suatu penglihatan: seorang lelaki dari Makedonia berdiri di hadapannya sambil memohon, “Marilah ke Makedonia menolong kami” (ayat 9). Tuhan berkata “tidak” kepada sesuatu yang baik kerana Dia sedang menyediakan mereka untuk melakukan sesuatu yang lain―membawa Injil ke benua lain (ayat 10).
Daripada melihat “tidak” sebagai hukuman atau penolakan, kita boleh memahaminya sebagai pengalihan arah yang dipimpin oleh Roh-Nya. Lencongan daripada Tuhan sering kali menjadi jalan yang menyediakan kita menempuh perjalanan yang disediakan-Nya. Janganlah kita hanya mempercayai Tuhan ketika jalan terbuka; marilah kita juga taat ketika Dia menutup jalan.
“Jalan Ditutup” di hadapan anda ketika anda berusaha untuk melakukan sesuatu yang baik?
Bagaimanakah anda mendengarkan bimbingan Roh Kudus ketika menjalankan rancangan anda?
sama ada Engkau membuka atau menutup jalan bagiku.
ILHAM
Dalam Kisah Para Rasul 16:6-7, Alkitab tidak menjelaskan bagaimana Roh Kudus menghalang Paulus daripada meneruskan rancangannya. Mungkin melalui suatu penglihatan, nubuat, atau keadaan tertentu yang menghalangnya. Namun, apabila Tuhan menghendakinya pergi ke Makedonia supaya Injil dapat didengar di situ, Dia menyampaikan kehendak-Nya melalui suatu penglihatan (ayat 9-10). Alkitab tidak menyatakan siapakah “seorang Makedonia” itu (ayat 9), tetapi sesetengah cendekiawan percaya bahawa dia kemungkinan ialah Lukas, penulis kitab Kisah Para Rasul, yang menyertai rombongan Paulus pada waktu itu. Sebagai orang yang percaya kepada Yesus, apabila Tuhan seolah-olah menutup satu pintu dalam hidup kita, mumgkin Roh Kudus sedang mengubahkan rancangan kita supaya lebih sesuai dengan kehendak-Nya. Roh Tuhan tinggal di dalam kita untuk membimbing kita. Kristus berkata tentang Roh Kudus, “Dia akan membimbingmu ke arah segala kebenaran. Roh itu tidak akan mengatakan sesuatu menurut kehendak-Nya sendiri. Dia akanmenyampaikan apa yang didengar-Nya” (Yohanes 16:13; rujuk 14:26).
