Ramesses II, firaun Mesir purba, begitu meninggikan dirinya sehingga dia mendirikan banyak struktur binaan untuk memasyhurkannya, termasuk pelbagai tugu yang menggambarkan ciri-ciri fizikalnya. Salah sebuah patung Ramesses II yang sangat besar berdiri kira-kira setinggi 11 meter dan berat 75 tan metrik, yang diukir dengan megah daripada granit merah. Walau bagaimanapun, usia tidak berpihak kepada pemerintah yang angkuh itu. Ketika dia meninggal dunia, dia menderita kerosakan gigi, artritis dan masalah jantung kronik. Sesetengah tugunya mungkin bertahan untuk sementara waktu, tetapi—seperti semua manusia yang fana—dia tetap meninggal dunia.
Absalom, salah seorang anak Raja Daud, juga membina “sebuah tugu baginya”
(2 Samuel 18:18). Disebabkan kemarahan akibat tragedi lampau (baca fasal 13) dan cita-cita yang mementingkan diri sendiri, lelaki muda ini berusaha untuk merampas “hati para warga Israel” daripada ayahandanya (15:6). Bagaimanapun, apabila Absalom cuba merampas takhta, Tuhan tidak membenarkan dia mengalahkan Daud, raja yang diurapi-Nya (1 Samuel 16:12-13), dan pahlawan-pahlawan Daud (2 Samuel 18:6). Akhirnya, Absalom dibunuh kerana pengkhianatannya. Walaupun tugu peringatannya masih berdiri (ayat 18), dia mati dalam kehinaan dan kekalahan.
Membina tugu demi diri sendiri dan memuaskan kesombongan serta keinginan sendiri tidak akan membawa hasil yang kekal. Tetapi, jika kita dengan rendah hati melayani Tuhan dan sungguh-sungguh mengasihi-Nya (Filipi 2:3-8), kita akan menemukan makna dan kepuasan sejati dalam hadirat-Nya.
