Carlos pernah melalui hari-hari yang pahit dan gelap dalam hidupnya. Pengalaman ini membawa dia menggelandang dari tempat yang jauh ke tengah kota besar. Di sana, dia terlibat dengan geng jenayah dan menyalahgunakan dadah. Kemudian dia berpindah ke tempat lain dan menemui satu komuniti yang memberitahunya tentang Kristus. Selang beberapa waktu. dia menerima Yesus sebagai Penyelamatnya. Kini dia mempunyai seorang mentor yang membimbing imannya dan memberikan kesaksian bahawa Yesus ialah sumber kehidupan dan sukacita yang sejati. Carlos sering berkata kepada mentor-Nya, “Saya sayang kamu”—sebagai tanda kasih dan rasa syukur kerana hidupnya telah diselamatkan daripada kegelapan dan menuju ke terang dan pemulihan yang datang melalui Kristus.

Maleakhi berbicara tentang Peribadi yang akan memberikan penyembuhan dan kegembiraan bagi orang-orang Yehuda yang berada dalam kesusahan—”matahari yang penuh perbenaran” (4:2). Dia akan membantu umat-Nya “keluar sambil melompat-lompat [kegirangan]” (ayat 2), manakala mereka yang jahat dan menentang jalan “Tuhan Yang Mahakuasa” (ayat 1 BIMK) akan menghadapi penghakiman. Maleakhi juga berbicara tentang seorang seperti nabi besar Elia yang akan datang dan mengarahkan orang untuk bertaubat dan mencari kehidupan sebenar di dalam Tuhan (ayat 5-6). Yohanes Pembaptis, yang dilahirkan lebih empat ratus tahun kemudian, datang untuk “menyediakan jalan [bagi Yesus]” (Lukas 1:76). Kristus “menerangi orang yang tinggal dalam kegelapan dan bayang maut serta memimpin kita ke jalan damai” (ayat 79).

Kini Carlos pula membimbing orang lain untuk bertumbuh dalam Kristus dan dalam sukacita, damai, serta cahaya yang dibawa-Nya. Marilah kita melakukan hal yang sama apabila Tuhan menyediakan apa yang kita perlukan.