Pada 22 September 1959, satu artikel renungan yang ditulis oleh Dr. M. R. DeHaan muncul dalam Our Daily Bread. Dia menulis bahawa dia sangat suka makan sejenis popcorn manis yang berjenama Cracker Jack. Tujuan asalnya adalah mengaitkan kerinduannya itu kepada kerinduan terhadap firman Tuhan. Tetapi apa yang mengejutkannya, beberapa minggu kemudian, kotak demi kotak Cracker Jack mula tiba di pejabatnya. Keinginannya terhadap Cracker Jack telah dipenuhi oleh para pembaca setianya.
Kita mudah lupa untuk memiliki kebiasaan yang membaca dan merenungkan firman Tuhan. Itulah sebabnya kita perlu merindukan sesuatu yang “lebih manis daripada madu” (Mazmur 19:10). Pemazmur Daud menggalakkan kita untuk mengetahui bahawa firman Tuhan adalah “sempurna, mengubah jiwa”; ia “boleh dipercayai” dan penuh hikmat (ayat 7). Dia menjelaskan bahawa “ajaran-ajaran TUHAN benar, menggembirakan hati” (ayat 8).
Dr. DeHaan menggalakkan para pembaca untuk membangun kebiasaan yang selalu berinteraksi dengan firman Tuhan—sesuatu yang didambakan mereka setiap hari, seperti ingin makan popcorn manis. Pentingnya juga bagi kita untuk ada kebiasaan yang bermeditasi dan merenungkan firman Tuhan, serta memberi respons kepada kebenarannya. Dengan pertolongan Tuhan, marilah kita menjadi seperti Daud yang berkata, “Semoga segala yang kututurkan dengan lidah dan kurenungkan dalam hati diterima oleh-Mu, Ya TUHAN” (ayat 14).