Semasa pesta Kaamatan, antara acara popular adalah meminum tapai atau kinomol (arak tradisional) yang diperbuat daripada nasi atau ubi kayu. Ini merupakan salah satu hidangan terpenting semasa Kaamatan. Begitu juga tuak akan dihidangkan semasa pesta Gawai. Segelintir orang yang menyambut perayaan ini akan berpesta dan minum sehingga mabuk. Bagi Kristian, ini merupakan sikap dan cara yang bertentangan dengan ajaran Alkitab.
Bagi orang-orang percaya, “Kita harus berkelakuan baik seperti orang yang hidup dalam terang dan bukan dalam kegelapan. Janganlah ikut pesta liar atau mabuk. Janganlah berkelakuan lucah atau tidak senonoh. Janganlah berkelahi ataupun iri hati” (Roma 13:13). Dalam keseronokan, kita harus tetap menjaga kesaksian kita, terutamanya di hadapan orang-orang yang belum mengenal Tuhan. “Hendaklah cahaya kamu juga bersinar di hadapan orang, supaya mereka melihat perbuatan kamu yang baik, lalu memuji Bapa kamu yang di syurga” (Matius 5:16). Kita harus berpegang kepada prinsip-prinsip Alkitab agar kita tetap memuliakan Tuhan semasa merayakan sesuatu pesta kebudayaan.
Ketagihan alkohol atau pengambilan arak yang berlebihan akan menyebabkan kita hilang kawalan, mengganggu kerohanian kita dan menimbulkan hawa nafsu. Oleh itu, “janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu. Tetapi hendaklah kamu dikuasai oleh Roh Allah” (Efesus 5:18).
Semasa merayakan Kaamatan atau Gawai, kita perlu ingat tentang identiti kita sebagai pengikut Kristus dan bertanya, “adakah ini memuliakan Tuhan?”
Kembali ke laman “Yesus Melebihi Adat dan Budaya”
Rancangan Pembacaan seterusnya:Minum Ai Pengayu
1|2|3|4|5