Kita Diperhatikan-Nya
Anak perempuan Betty pulang ke rumah dalam keadaan sakit selepas satu perjalanan ke luar negara. Apabila dia tidak dapat menahan kesakitannya lagi, Betty dan suaminya terus membawa dia pergi ke wad kecemasan. Para doktor dan jururawat pun menjalankan rawatan dengan segera. Selepas beberapa jam, salah seorang jururawat memberitahu Betty, “Anak anda akan okey! Kami akan menjaga dia dengan baik agar dia boleh sembuh sepenuhnya.” Pada saat itu, Betty berasa hatinya dipenuhi ketenangan dan kasih. Dia sedar bahawa sedangkan dia hanya boleh menemani anak perempuannya dengan kebimbangan, Tuhan adalah ibu bapa yang sempurna. Dia akan menjaga anak-anak-Nya dan menghiburkan kita pada masa kesusahan kita.
Hidup Di Dalam Khemah
Saya membesar di Minnesota, tempat yang terkenal dengan tasik-tasik yang indah. Di sana, saya suka pergi berkhemah untuk menikmati keajaiban ciptaan Tuhan. Namun tidur di dalam khemah yang nipis bukannya sebahagian daripada pengalaman kegemaran saya—terutamanya pada malam ketika hujan turun dan khemah bocor, ini menyebabkan beg tidur menjadi basah dan lembap.
Menulis Surat
Ibu saya dan saudari-saudarinya masih melibatkan diri dalam suatu karya kesenian yang kian pupus, iaitu menulis surat. Setiap minggu mereka akan saling mengirimkan surat dengan begitu kerap sehingga penghantar surat mereka berasa risau sekiranya dia tiada surat yang harus dihantar kepada mereka! Surat-surat mereka begitu penuh dengan kisah-kisah kehidupan, kegembiraan dan suka duka, serta kisah-kisah yang berlaku dalam kehidupan seharian bersama keluarga dan kawan-kawan mereka.
Dibersihkan
Ketika saya membuka mesin pembasuh pinggan mangkuk, saya berasa hairan tentang apa yang telah berlaku. Saya mendapati bukan sahaja pinggan dan gelas yang dimasukkan ke dalam mesin itu tidak bersih, tetapi semuanya dipenuhi dengan debu putih. Saya tertanya-tanya ini mungkin disebabkan oleh kualiti air di kawasan kami, ataupun disebabkan oleh kerosakan mesin tersebut.
Sudah Menguning untuk Dituai
Pada akhir musim panas, kami berjalan-jalan di kawasan Hutan Baru di England. Kami juga seronok memetik buah beri liar yang berwarna hitam sementara memerhatikan beberapa ekor kuda bermain tidak jauh daripada kami. Semasa saya menikmati kemanisan buah beri hitam yang mungkin ditanam oleh orang lain bertahun-tahun sebelumnya, saya teringat kata-kata Yesus kepada murid-murid-Nya: “Aku menyuruhmu menuai ladang yang bukan hasil usahamu” (Yohanes 4:38).
Bukan Ketakutan, Melainkan Iman
“Suami saya telah ditawarkan kenaikan pangkat di negara lain, tetapi saya risau untuk meninggalkan rumah kami, jadi dia pun dengan berat hati menolak tawaran tersebut,” kata seorang kawan kepada saya. Dia menerangkan bagaimana kekhuatiran ke atas peluang besar seperti itu terus menghalangnya daripada mendapat pengalaman baru. Menurutnya lagi, kadangkala dia tertanya-tanya akan perkara yang terlepas untuk dinikmati kerana menolak perpindahan itu.
Waktu Untuk Segala Sesuatu
Dalam penerbangan baru-baru ini, saya memerhatikan seorang ibu dan anak-anaknya yang duduk beberapa baris di hadapan saya. Sementara kanak-kanak kecilnya yang lain bermain dengan puas hati, ibu itu merenungkan mata anaknya yang baru lahir, tersenyum dan mengusap pipinya. Anak itu merenung kembali dengan mata lebar penuh kekaguman. Saya menikmati masa ini dengan mengenangkan saat-saat manis, memikirkan anak-anak saya sendiri pada usia itu dan musim yang telah berlalu.
Berhadapan Muka
Walaupun cara perhubungan melalui teknologi di dunia ini semakin biasa, tiada yang dapat dibandingi dengan masa bersama orang lain secara peribadi. Apabila kita berkongsi dan ketawa bersama-sama, kita sering boleh merasakan emosi orang lain dengan melihat perasaan yang ditunjukkan pada wajah mereka tanpa disedari. Mereka yang saling mengasihi, sama ada keluarga atau kawan-kawan, suka berkongsi dengan satu sama lain dengan berhadapan muka.
Hari Rehat
Pada suatu hari Ahad, saya berdiri di tepi anak sungai yang mengalir perlahan-lahan melalui komuniti London Utara kami, serta menikmati pemandangan indah kawasan perumahan kami yang pesat. Saya berasa santai ketika melihat air melata dan mendengar kicauan burung. Saya berdoa dan bersyukur kepada Tuhan kerana Dia menolong kita mendapatkan ketenangan bagi jiwa kita.