Apabila Tuhan Berbicara
Lily ialah seorang penterjemah Alkitab. Dalam perjalanan pulang ke negaranya, dia ditahan di lapangan terbang. Telefon bimbitnya ditahan apabila beberapa pegawai menemukan salinan audio Perjanjian Baru dalam telefon itu. Dia disoal siasat selama 2 jam. Mereka kemudian memintanya memainkan aplikasi telefon bimbitnya, kebetulan audio itu memainkan Matius 7:1–2, “Jangan hakimi orang lain, supaya Allah tidak menghakimi kamu juga ... Sukatan yang kamu gunakan untuk menghakimi orang lain akan digunakan oleh Allah untuk kamu.” Salah seorang pegawai berasa tersentuh setelah mendengar ayat tersebut dalam bahasanya sendiri lalu membebaskan Lily tanpa syarat.
Mengasihi Orang Asing
Apabila saya berpindah ke sebuah negara baru, saya melalui pengalaman yang membuat saya rasa tidak dialu-alukan. Selepas mendapat tempat duduk di sebuah gereja kecil yang suami saya berkhutbah pada hari itu, seorang lelaki tua mengejutkan saya dengan berkata, “Duduk ke tepi sedikit.” Isterinya memohon maaf dan menjelaskan bahawa saya telah duduk di tempat duduk mereka. Bertahun-tahun kemudian, saya menyedari bahawa jemaah sini menyewa bangku-bangku tersebut untuk mengumpulkan dana wang untuk gereja dan memastikan tiada sesiapa boleh mengambil tempat duduk mereka. Beginilah beberapa mentaliti diteruskan selama beberapa dekad.
Cara untuk Mencerminkan Kristus
Thérèse dari Lisieux ialah seorang anak yang ceria dan periang—sehingga ibunya meninggal dunia ketika dia baru berumur 4 tahun. Dia menjadi penakut dan mudah gelisah. Tetapi bertahun-tahun kemudian pada malam sebelum Krismas, semuanya telah berubah. Selepas merayakan kelahiran Yesus dengan jemaah lain di komunitinya, dia mengalami kuasa Tuhan yang melepaskannya daripada ketakutan dan memberi kegembiraan kepadanya. Dia menyifatkan perubahannya disebabkan kuasa Tuhan yang meninggalkan syurga dan menjadi seorang manusia, iaitu Yesus, yang tinggal di dalamnya.
Menghentikan Khabar Angin
Setelah Charles Simeon (1759-1836) ditahbiskan sebagai pastor Gereja Holy Trinity di Cambridge, England, dia menghadapi tentangan selama bertahun-tahun. Disebabkan kebanyakan jemaah menginginkan pastor lain dilantik dan bukannya Simeon, maka mereka menyebarkan khabar angin tentang dia dan menolak pelayanannya, bahkan kadang-kadang mengunci gereja agar dia tidak dapat masuk. Tetapi Simeon mentaati pimpinan Roh Tuhan, malah dia berusaha mengatasi gosip itu dengan berpegang pada beberapa prinsip. Pertama, seseorang tidak seharusnya mempercayai khabar angin kecuali ia telah disahkan betul. Kedua, selalu percaya bahawa kisah yang diceritakan oleh pihak lain akan menjadi versi yang berbeza.
Dilarang Memancing
Corrie ten Boom yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi oleh rejim Nazi, memahami betapa pentingnya tentang pengampunan. Dalam bukunya Tramp for the Lord, dia mengatakan bahawa gambaran kegemarannya ialah tentang dosa-dosa yang diampuni dibuang ke laut. “Apabila kita mengakui dosa kita, Tuhan membuang dosa itu ke lautan yang paling dalam, hilang untuk selama-lamanya ... saya percaya Tuhan kemudian meletakkan tanda ‘Dilarang Memancing’ di situ.”
Mempercayai Tuhan pada Waktu Sedih
Apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai “Papa John” mengetahui bahawa penyakit kansernya sudah mencapai peringkat terakhir, dia dan isterinya, Carol, merasakan panggilan Tuhan untuk berkongsi perjalanan mereka dalam talian ketika mereka berjuang melawan penyakit. Dengan mempercayai bahawa Tuhan akan bekerja melalui kelemahan mereka, pasangan ini menyiarkan saat-saat gembira, sedih dan kesakitan yang dilalui mereka selama 2 tahun.
Dia Mengubah Saya
Ketika John yang menguruskan rumah pelacuran terbesar di London dipenjarakan, dia tidak menyesal dan masih menganggap dirinya orang baik. Sementara di penjara, dia membuat keputusan untuk menghadiri kelas Alkitab kerana kek dan kopi dihidangkan, tetapi dia tersentak oleh kegembiraan para banduan lain. Dia mula menangis semasa lagu pujian pertama dinyanyikan, malah dia menerima sebuah Alkitab pada masa kemudian. Pembacaan dalam kitab Yehezkiel telah mengubah hatinya, dan dia seumpama “dipanah petir”. Dia membaca, “Apabila seorang jahat berhenti berbuat dosa, dan mula berbuat yang adil dan baik ... dia tidak akan mati tetapi akan hidup” (Yehezkiel 18:27-28). Firman Tuhan menjadi hidup baginya dan dia menyedari, “Saya bukan orang baik ... saya jahat dan saya perlu berubah.” Semasa berdoa dengan pastor, dia berkata, “Saya menemui Yesus Kristus dan Dia mengubah saya.”
Doa untuk Semua Orang
Kekuatan dalam Perjalanan
Pada suatu musim panas, saya berusaha untuk menyiapkan satu tugasan yang sukar—satu projek penulisan yang besar dengan tarikh akhir yang semakin menjelang. Setelah berusaha untuk membuat tugasan tersebut selama beberapa hari, saya berasa penat, kecewa dan hampir berputus asa. Masa itulah seorang kawan yang bijak bertanya kepada saya, “Bilakah kali terakhir kamu diperbaharui? Mungkin kamu perlu berehat dan menikmati makanan yang lazat”.