Ketika Becky Pippert, seorang pengarang dan penginjil tinggal di Ireland, dia ingin sekali berkongsi berita baik tentang Yesus kepada Heather, yang sudah merias kukunya untuk dua tahun. Tetapi Heather nampaknya tidak berminat. Disebabkan merasakan diri tidak mampu memulakan perbualan, Becky telah berdoa sebelum bertemu dengan Heather.

Sementara Heather merias kukunya, Becky menyelak-nyelak majalah lama dan berhenti sejenak apabila ternampak gambar seorang model. Ketika Heather bertanya sebab dia terpaku, Becky memberitahunya bahawa orang dalam gambar itu ialah kawan karibnya sebelum dia menjadi model majalah Vogue. Becky menceritakan kepada Heather bagaimana kawannya itu telah percaya kepada Tuhan. Heather mendengar dengan penuh perhatian.

Kemudian Becky pergi melancong, dan ketika dia kembali ke Ireland, dia mendengar bahawa Heather telah berpindah ke lokasi baru. Becky mengingat kembali, “Saya telah meminta Tuhan memberi saya peluang untuk menyampaikan Injil, dan Dia telah melakukannya!”

Oleh sebab diinspirasikan oleh rasul Paulus, Becky meminta pertolongan Tuhan kerana dia tahu kelemahannya. Ketika Paulus lemah dan memohon kepada Tuhan untuk menghapuskan duri dalam dagingnya, Tuhan berfirman, “Aku mengasihi kamu dan hal itu sudah cukup bagimu, kerana kuasa-Ku nyata sekali pada masa kamu lemah” (2 Korintus 12:9). Paulus telah belajar bergantung kepada Tuhan dalam segala hal, baik perkara yang besar mahupun yang kecil.

Apabila kita bergantung kepada Tuhan untuk menolong kita mengasihi orang di sekeliling kita, kita juga akan mendapat peluang untuk berkongsi iman kita dengan ikhlas.