Penulis

Lihat semua
Arthur Jackson

Arthur Jackson

Pada musim luruh tahun 2016, selepas melayani sebagai pastor selama 28 tahun di kawasan Chicago, Arthur dan isterinya Shirley berpindah ke Kansas City, Kansas, iaitu tempat yang Arthur dilahirkan dan dibesarkan. Selain menjadi penulis bagi Pedoman Harian, Arthur juga melayani sebagai pengarah bandar bagi kawasan Barat Tengah di PastorServe (pelayanan jagaan pastor) serta pengarah bagi Neopolis Network (pelayanan pembangunan gereja secara global yang berpusat di Chicago).

Artikel oleh Arthur Jackson

Belajar daripada Anak Kecil

Semasa saya dan seorang kawan saya pergi ke sebuah kawasan miskin di Nairobi, Kenya, kami terkejut oleh keadaan miskin di situ. Namun, pada masa yang sama, emosi lain—ibarat air segar yang berpusar dalam hati kami semasa kami melihat anak-anak kecil berlari dan berseru, “Mchungaji, Mchungaji!” (“Pastor” dalam bahasa Swahili). Mereka sungguh gembira apabila melihat pemimpin rohani mereka duduk dalam kenderaan bersama dengan kami. Dengan sorakan, anak-anak kecil itu mengalu-alukan ketibaan seorang pemimpin yang prihatin dan mengambil berat tentang mereka. 

Benar-Benar Bebas

Filem bertajuk Amistad menceritakan kisah para abdi yang diculik dari Afrika Barat pada tahun 1839, merampas kapal yang mengangkut mereka lalu membunuh kapten dan beberapa anak kapal. Kemudian mereka ditangkap semula, dipenjarakan dan dibawa ke mahkamah. Cinqué, iaitu ketua abdi dengan bersungguh-sungguh merayu untuk kebebasan dalam perbicaraan yang tidak dapat dilupakan. Dengan bahasa Inggeris yang teruk, Cinqué yang dibelenggu itu mengulangi tiga perkataan pendek dengan kuat, “Beri kami bebas!” Akhirnya bilik mahkamah menjadi senyap. Keadilan ditegakkan dan mereka dibebaskan.

Tuhan Dapat Menolong

Percutian Joe selama 8 minggu sebagai pekerja penjagaan krisis di sebuah gereja New York City, bukanlah cuti seperti namanya. Menurut dia, percutian ini lebih seperti “hidup semula di kalangan orang yang tiada tempat tinggal, mengalami apa rasanya lapar, letih, dan dilupakan.” Joe juga pernah tinggal di jalanan 9 tahun yang lalu apabila dia baru sahaja pindah dari Pittsburgh tanpa pekerjaan atau tempat tinggal. Selama 13 hari, dia tinggal di jalanan dan hanya mendapat sedikit makanan dan kurang tidur. Inilah caranya Tuhan mempersiapkan Joe selama beberapa dekad untuk melayani mereka yang berada dalam kekurangan. 

Lebih Berharga daripada Hidup

Walaupun Mary mengasihi Yesus—keadaan hidupnya adalah sangat sukar. Dua orang anak lelakinya meninggal dunia sebelumnya, begitu juga dengan dua orang cucu lelakinya yang menjadi mangsa tembakan. Mary sendiri pula mengalami strok dan menjadi lumpuh sebelah badan. Namun, sebaik sahaja pergerakannya pulih, dia menghadiri kebaktian gereja yang sudah biasa baginya—dengan ucapan tersekat-sekat—dia mengungkapkan pujian kepada Tuhan, “Jiwaku mengasihi Yesus; pujilah nama-Nya!”

Dibebaskan Yesus

“Saya tinggal cukup lama dengan ibu saya sehinggalah dia berpindah!” Itulah kata-kata KC, yang dahulu hidupnya tidak waras sebelum dia menyerahkan hidupnya kepada Yesus. Dia secara terang-terangan mengakui bahawa dia mencuri, bahkan mencuri wang daripada orang tersayang demi mendapatkan wang untuk membeli dadah. Sekarang dia sudah meninggalkan kehidupan lama itu dan dia menghitung tahun, bulan, serta hari dia telah dibebaskan daripada dadah. Apabila saya dan KC kerap belajar firman Tuhan bersama, saya mendapati bahawa dia orang yang sudah berubah.

Saling Bersama

Dalam tempoh dua bulan pada tahun 1994, seramai sejuta puak Tutsi dibunuh di Rwanda, Afrika oleh ahli-ahli puak Hutu yang memburu dan membunuh rakan senegara mereka dengan kejam. Selepas pembunuhan beramai-ramai ini, Biskop Geoffrey Rwubusisi berbincang dengan isterinya, Mary untuk menjangkau para wanita yang kehilangan orang tersayang mereka. Mary berkata, “Saya cuma terasa ingin menangis.” Dia juga telah kehilangan ahli-ahli keluarga yang tersayang. Jawapan biskop itu merupakan respons yang bijak sebagai seorang pemimpin dan suami yang mengambil berat. Dia berkata kepada isterinya, “Mary, kumpulkan semua wanita dan menangislah bersama mereka.” Dia sedar bahawa kepedihan hati isterinya telah membuatkan dia bersedia untuk berkongsi kepedihan dengan orang lain secara unik.

Akhirnya adalah Anugerah

Arca Ruthless Trust (Percaya Sepenuhnya) yang diukir dengan mahir oleh seniman Doug Merkey memaparkan susuk tubuh manusia yang bersungguh-sungguh berpaut pada kayu salib yang diperbuat daripada kayu walnut. Dia menulis, “Ini merupakan satu pernyataan yang sangat sederhana dan wajar bagi hidup manusia—keintiman dan kebergantungan yang sungguh-sungguh pada Kristus dan Berita Baik.”

Berbuah Sampai Akhir

Walaupun Lenore Dunlop sudah berusia 94 tahun, namun fikirannya masih tajam, senyumannya cerah dan kasihnya terhadap Yesus masih dirasakan oleh ramai orang. Biasanya dia bergaul dengan pemuda-pemudi di gereja kami; hadirat dan penyertaannya merupakan sumber kegembiraan dan galakan. Kehidupan Lenore adalah sangat bersemangat sehingga kematiannya mengejutkan kami. Seperti pelari yang kuat, dia berlari melepasi garisan penamat kehidupan. Dia sentiasa bersemangat dan bertenaga. Biarpun beberapa hari sebelum kematiannya, dia tetap menyelesaikan kursus selama 16 minggu yang berfokus untuk membawa mesej Yesus kepada orang di dunia.

Doa yang Berterusan

“Doa tidak akan lenyap.” Ini merupakan kata-kata E. M. Bounds (1835-1913) yang menarik perhatian ramai. Tulisan-tulisan klasiknya mengenai doa telah memberi inspirasi kepada banyak generasi. Komen-komennya mengenai kuasa dan sifat kekal doa kita diteruskan dengan kata-kata ini: “Bibir orang percaya yang berdoa mungkin tertutup kerana kematian, jantung yang merasakannya mungkin tidak lagi berdegup, tetapi doa akan terus kekal di hadapan Tuhan, dan hati Tuhan tertuju kepadanya, dan doa masih kedengaran lebih lama daripada orang yang mengucapkannya; lebih lama daripada satu generasi, satu zaman.”