Walaupun Mary mengasihi Yesus—keadaan hidupnya adalah sangat sukar. Dua orang anak lelakinya meninggal dunia sebelumnya, begitu juga dengan dua orang cucu lelakinya yang menjadi mangsa tembakan. Mary sendiri pula mengalami strok dan menjadi lumpuh sebelah badan. Namun, sebaik sahaja pergerakannya pulih, dia menghadiri kebaktian gereja yang sudah biasa baginya—dengan ucapan tersekat-sekat—dia mengungkapkan pujian kepada Tuhan, “Jiwaku mengasihi Yesus; pujilah nama-Nya!”

Lama sebelum Mary menyatakan pujian kepada Tuhan, Daud telah menulis kata-kata itu dalam Mazmur 63. Pengenalan Mazmur tersebut yang ditulis oleh Daud berbunyi “semasa dia di padang gurun Yehuda.” Walaupun dalam situasi yang tidak diingini, walaupun terdesak, dia tidak berputus asa kerana dia berharap kepada Tuhan. “Ya Allah, Engkaulah Allahku, aku rindu akan Engkau. Seperti tanah tandus haus akan air, begitulah aku haus akan Engkau” (ayat 2).

Mungkin anda berada dalam kesukaran, tanpa arah tuju yang jelas ataupun kekurangan sumber. Situasi yang tidak selesa boleh mengelirukan kita, tetapi kita tidak akan terpesong daripada-Nya apabila kita berpegang pada Dia yang mengasihi kita (ayat 4), memuaskan kita (ayat 6),, menolong kita (ayat 8), dan tangan-Nya yang kuat menopang kita (ayat 9). Oleh sebab kasih Tuhan lebih berharga daripada hidup, kita boleh menyatakan kepuasan kita dengan bibir yang memuji dan menghormati Tuhan, seperti Mary dan Daud (ayat 4-6).