“Saya tinggal cukup lama dengan ibu saya sehinggalah dia berpindah!” Itulah kata-kata KC, yang dahulu hidupnya tidak waras sebelum dia menyerahkan hidupnya kepada Yesus. Dia secara terang-terangan mengakui bahawa dia mencuri, bahkan mencuri wang daripada orang tersayang demi mendapatkan wang untuk membeli dadah. Sekarang dia sudah meninggalkan kehidupan lama itu dan dia menghitung tahun, bulan, serta hari dia telah dibebaskan daripada dadah. Apabila saya dan KC kerap belajar firman Tuhan bersama, saya mendapati bahawa dia orang yang sudah berubah.

Markus 5:15 bercakap tentang seseorang yang pernah dirasuk roh jahat telah berubah. Sebelum itu, dia seorang yang tidak berdaya, tiada harapan, tiada tempat tinggal, dan sangat menderita (ayat 3-5). Tetapi semuanya itu berubah setelah Yesus membebaskan dia daripada roh-roh jahat (ayat 13). Namun dalam kes KC, kehidupannya sebelum menerima Yesus adalah jauh tidak waras. Pergelutan dalaman yang diluahkannya secara terbuka adalah seperti yang dialami orang pada hari ini. Sesetengah orang tinggal di bangunan, kereta, atau tempat lain yang terbiar; sesetengahnya pula tinggal di dalam rumah sendiri tetapi secara emosi mereka kesepian. Rantai-rantai yang tidak kelihatan membelenggu hati dan minda sehingga mereka menjauhkan diri daripada orang lain.

Kita boleh menyerahkan kesengsaraan dan aib kita pada masa lampau dan masa kini kepada Yesus. Yesus menunggu kita dengan tangan belas kasihan yang terbuka untuk semua orang yang datang kepada-Nya pada hari ini, seperti KC dan orang yang dirasuk roh jahat (ayat 19).