Krismas Di Ukraine
Orang di Ukraine merangkumi banyak elemen yang indah apabila mereka meraikan Krismas. Kadangkala himpunan jerami yang kecil akan diletakkan di atas meja makan sebagai peringatan tentang palung di Betlehem. Sambutan mereka juga akan menggemakan peristiwa pada malam itu apabila Penyelamat datang ke dunia ini.…
Kegembiraan dan Keadilan
Dalam satu persidangan di Asia, saya mempunyai dua perbualan yang membuka minda dalam tempoh beberapa jam. Pertama, seorang pastor memberitahu bahawa dia telah dipenjarakan selama sebelas tahun atas tuduhan salah yang terlibat dengan pembunuhan, sebelum nama dia dibersihkan. Kemudian, beberapa keluarga berkongsi bagaimana mereka telah membelanjakan banyak duit untuk melarikan diri daripada penganiayaan agama di tanah air mereka, tetapi akhirnya mereka dikhianati oleh orang yang dibayar untuk menyelamatkan mereka. Kini, selepas bertahun-tahun berada di kem pelarian, mereka tertanya-tanya jika mereka akan memiliki tempat tinggal yang tetap.
Kasih Untuk Kanak-kanak
Thomas Barnado telah memasuki Sekolah Perubatan Hospital London pada tahun 1865, dan bercita-cita menjadi seorang mubaligh perubatan di negara China. Namun Barnado kemudiannya mendapati bahawa ada satu keperluan yang sangat mendesak di halaman depan tempat tinggalnya—begitu banyak kanak-kanak terbiar yang hidup dan mati di lorong-lorong jalan di London. Barnado memutuskan untuk melakukan sesuatu untuk mengubah situasi yang dahsyat ini. Setelah siap membangunkan rumah-rumah bagi kanak-kanak yang miskin di timur London, Barnado telah menyelamatkan sekitar 60,000 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan daripada kemiskinan dan kematian awal. Seorang ahli teologi dan pastor, John Scott berkata, “Pada hari ini, Barnado boleh digelar sebagai pelindung santo bagi kanak-kanak jalanan.”
Dihidupkan Kembali
Ketika saya masih muda, bapa saya dan beberapa kawannya telah pergi ke suatu acara sukan di luar bandar dan tayar kereta mereka tergelincir di jalan raya yang basah disebabkan hujan. Mereka mengalami kemalangan yang dahsyat. Salah seorang kawannya telah menjadi lumpuh manakala seorang lagi telah terbunuh. Bapa saya pula disahkan meninggal dunia dan dibawa ke bilik mayat. Datuk dan nenek saya yang berada dalam keadaan terkejut dan dirundung perasaan sedih datang untuk mengenal pasti mayatnya. Tetapi bapa saya pula terjaga daripada keadaan yang sebenarnya koma. Kedukaan mereka bertukar menjadi sukacita.
Api Kecil
Pada suatu malam Ahad bulan September, semasa ramai orang sedang tidur, tiba-tiba kebakaran kecil telah tercetus di kedai roti Thomas Farriner di Lorong Pudding. Api merebak dari rumah ke rumah dan seluruh London ditelan api dalam Kebakaran Besar London pada tahun 1666. Seramai 70,000 orang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran tersebut serta memusnahkan 4/5 bahagian bandar itu. Begitu dahsyatnya kemusnahan kerana api kecil!
Melukis Sebuah Potret
Galeri Potret Kebangsaan di London, England, menempatkan lukisan berharga daripada beberapa abad yang lalu, termasuk 166 imej Winston Churchill, 94 imej William Shakespeare dan 20 imej George Washington. Apabila melihat potret yang lebih lama, kita pasti tertanya-tanya: Adakah ini rupa sebenar setiap individu?
Kebenaran Masuk Sepenuhnya
Beberapa tahun yang lalu, seorang kawan menjemput saya menonton satu pertandingan kejohanan golf profesional bersama dia. Sebagai orang yang pertama kali menghadiri acara sebegitu, saya langsung tidak tahu apa yang harus diharapkan. Apabila kami sampai di situ, saya terkejut kerana dapat menerima hadiah, maklumat dan peta padang golf itu. Tetapi yang paling menarik adalah semasa kami dapat masuk ke dalam khemah VIP (orang kenamaan). Di situ kami mendapat makanan percuma dan tempat duduk. Sebenarnya, saya secara sendirian tidak mungkin dapat masuk ke dalam khemah yang menyediakan layanan baik seperti itu. Kuncinya adalah kawan saya; melalui dia barulah saya mendapat kebenaran masuk sepenuhnya.
Memandang Hari Esok
Saya seronok ketika memandang langit biru yang tidak berawan. Langit adalah sebahagian daripada keindahan karya agung Sang Pencipta, diberikan kepada kita untuk dinikmati. Para juruterbang pesawat pasti juga menyukai pemandangan itu. Mereka menggunakan beberapa terma aeronautikal untuk menghuraikan keadaan langit yang sempurna bagi penerbangan, tetapi terma kegemaran saya adalah, “Anda boleh melihat melangkaui hari esok.”
Saya Mengetahui Semuanya
Anak lelaki dan menantu perempuan kami menghadapi kecemasan. Cucu kami yang bernama Cameron sedang menderita sakit pneumonia dan bronkitis dan perlu dihantar ke hospital dengan segera. Mereka meminta kami supaya menjemput Nathan, anak mereka yang berumur lima tahun dari sekolah dan membawanya pulang ke rumah. Saya dan isteri saya, Marlene sudi melakukannya.