Harta Terpendam
Cara membaca saya berbeza daripada suami saya. Memandangkan bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua bagi Tom, dia cenderung membaca dengan perlahan, perkataan demi perkataan. Saya sering membaca sepintas lalu sahaja. Namun Tom dapat mengingat lebih banyak daripada saya. Dia boleh memetik ayat-ayat yang dibacanya seminggu yang lalu dengan mudah, tetapi ingatan saya akan melenyap beberapa saat setelah saya menutup buku atau paparan komputer.
Apakah Disimpan Di Dalam Bank?
Pada musim sejuk tahun 2009, sebuah pesawat penumpang yang besar membuat pendaratan kecemasan di Sungai Hudson, New York. Juruterbangnya, Kapten Chesley Sullenberger yang mendaratkan kapal terbang itu dengan selamat tanpa kecederaan, kemudian ditanya mengenai saat-saat di udara apabila dia berhadapan dengan keputusan hidup atau mati. “Inilah pendapat saya,” katanya, “mungkin kerana selama 42 tahun saya telah membuat deposit-deposit kecil dan tetap dalam bank pengalaman, pendidikan, dan latihan. Ketika [hari itu] bakinya adalah mencukupi, maka saya boleh membuat jumlah pengeluaran yang sangat besar.”
Kata-Kata Orang Bijak
Suami anak saudara perempuan saya menulis kata-kata ini di media sosial: “Saya mahu menulis lebih banyak lagi dalam talian kalau bukan adanya suara kecil yang melarang saya daripada melakukannya. Sebagai pengikut Yesus, anda mungkin berfikir suara kecil ini datang daripada Roh Kudus. Bukan. Suara kecil itu adalah suara isteri saya, Heidi.”
Kasih Datang Dahulu
Suatu petang kawan saya menunjukkan kepada saya satu daripada tiga plak hiasan yang akan menjadi sebahagian daripada penghias dinding di ruang tamunya. “Lihat, saya sudah mendapat Kasih,” katanya, sambil memegang plak dengan perkataan tertulis di atasnya. “Iman dan Pengharapan sudah dipesan.”
Memegang Aku
Setelah saya tidak lagi melancong bersama ibu bapa saya, jarang sekali saya melawat datuk dan nenek saya yang tinggal jauh dari kami. Lalu pada suatu tahun, semasa hujung minggu, saya membuat keputusan menaiki kapal terbang untuk melawat mereka di pekan kecil Land O’ Lakes, Wisconsin. Sementara dalam perjalanan ke lapangan terbang pada akhir lawatan saya, nenek yang tidak pernah menaiki kapal terbang mula menyatakan perasaan takutnya kepada saya: “Kapal terbang yang kamu naiki itu sangat kecil … Tiada apa-apa yang benar-benar memegang kamu di atas sana bukan? … Saya akan berasa sangat takut untuk berada di tempat yang begitu tinggi.”
Tutup Sahaja
Ketika anak-anak kami masih kecil, kami pergi ke utara Wisconsin untuk melawat datuk dan nenek saya. Mereka tidak mendapat penerimaan televisyen yang baik, tetapi TV bukan keutamaan mereka. Selepas saya telah melihat anak kami Scott main-main dengan peti TV untuk seketika, dia bertanya dengan kecewa, “Apa yang kita lakukan jika kita boleh mendapat satu saluran saja dan kita tidak suka pada saluran itu?”
Pertarungan Pensel
Ketika saya belajar menulis huruf, guru darjah 1 saya menegaskan bahawa saya harus memegang pensel mengikut cara tertentu. Saya memegang pensel itu seperti yang disuruhnya ketika dia mengawasi saya. Tetapi apabila dia tidak memberikan perhatian, saya terus memegang pensel itu mengikut cara yang saya rasa selesa. Saya sangka saya ialah “pemenang rahsia” dalam pertarungan kehendak sendiri, dan saya masih memegang pensel mengikut cara sendiri. Bagaimanapun, berdekad-dekad kemudian, saya sedar bahawa guru saya mengetahui kebiasaan degil saya itu akan menjadi kebiasaan memegang pensel yang buruk, kerana kini tangan saya terasa lebih cepat letih.
Kemurahan Hati
Beberapa tahun yang lalu, seorang pegawai penasihat kanan presiden tersalah menganggap Jeneral Peter Chiarelli yang berpangkat empat bintang (Jeneral nombor 2 di Tentera Darat Amerika Syarikat pada masa itu) sebagai seorang pelayan waktu majlis makan malam di Rumah Putih, Washington. Sementara jeneral yang berpakaian seragam tersebut berdiri di belakang penasihat kanan itu, dia meminta jeneral tersebut mengambilkan minuman kepadanya. Kemudian penasihat kanan itu sedar akan kesilapannya, tetapi jeneral itu tidak berkecil hati, sebaliknya dengan gembira dia terus menuangkan minuman ke dalam gelas penasihat kanan itu untuk menghilangkan rasa malunya. Jeneral tersebut juga menjemput penasihat itu datang ke rumahnya untuk sesekali makan malam bersama keluarganya.
Kegagalan Bukanlah Kematian
Perdana Menteri England, Winston Churhill, mengetahui cara memperkuat semangat orang British semasa Perang Dunia II. Pada 18 Jun 1940, dia memberitahu orang ramai yang dalam ketakutan, “Hitler tahu bahawa dia harus memecahbelahkan kita … jika tidak dia akan kalah dalam peperangan … Oleh itu, marilah kita kekal teguh … dan ingatkan diri kita bahawa, jika Empayar British [kekal] selama seribu tahun, orang akan masih berkata, ‘Ini adalah masa terbaik mereka!’ ”