Pada musim sejuk tahun 2009, sebuah pesawat penumpang yang besar membuat pendaratan kecemasan di Sungai Hudson, New York. Juruterbangnya, Kapten Chesley Sullenberger yang mendaratkan kapal terbang itu dengan selamat tanpa kecederaan, kemudian ditanya mengenai saat-saat di udara apabila dia berhadapan dengan keputusan hidup atau mati. “Inilah pendapat saya,” katanya, “mungkin kerana selama 42 tahun saya telah membuat deposit-deposit kecil dan tetap dalam bank pengalaman, pendidikan, dan latihan. Ketika [hari itu] bakinya adalah mencukupi, maka saya boleh membuat jumlah pengeluaran yang sangat besar.”

Kebanyakan kita akan menghadapi krisis pada suatu masa. Mungkin ia melibatkan penamatan kerja, keputusan daripada pemeriksaan kesihatan, kehilangan ahli keluarga atau rakan yang kita hargai. Pada masa-masa seperti itulah, kita perlu menggali jauh ke dalam rizab akaun bank rohani kita.

Apakah lagi yang kita mungkin mendapati di sana? Jika kita telah menikmati hubungan yang mendalam dengan Tuhan, kita telah membuat “deposit” iman yang tetap. Kita telah mengalami kasih-Nya (2 Korintus 8:9; Efesus 2:4-7). Kita percaya janji dalam Kitab Suci bahawa Tuhan adalah adil dan setia (Ulangan 32:4; 2 Tesalonika 3:3).

Kasih dan belas kasihan Tuhan boleh didapatkan apabila anak-anak-Nya perlu membuat “pengeluaran” (Mazmur 9:11; Ibrani 4:16).