Penulis

Lihat semua
Dennis Fisher

Dennis Fisher

Dennis Fisher menerima Yesus sebagai Penyelamatnya pada suatu perjumpaan gereja di Selatan California. Dia berkata, “Aku mengalami pertaubatan dosa yang dahsyat. Selepas menerima Kristus, aku berasa seperti dibersihkan dari dalam hati.” Dennis seorang profesor dalam penginjilan dan permuridan di Institut Alkitab Moody selama 8 tahun. Pada tahun 1998, dia menyertai Our Daily Bread Ministries, yang kini dia melayani sebagai editor urusan bagi ChristianCourses.com. Dennis mempunyai dua orang anak dan seorang cucu lelaki. Kini dia tinggal di DeWitt, Michigan bersama isterinya, Janet.

Artikel oleh Dennis Fisher

Kayu Salib Di Bukit Hollywood

Salah satu imej yang paling dikenali ramai di Amerika Syarikat adalah papan tanda “HOLLYWOOD” di selatan California. Orang dari seluruh dunia datang ke “Tinseltown” untuk melihat tapak kaki bintang-bintang filem yang dicetak dalam simen, dan berharap agar dapat melihat kelibat para artis yang mungkin akan lalu di situ. Para pelawat tidak mungkin terlepas melihat papan tanda tersebut yang terpaku di lereng bukit berhampiran.

Jangan Putus Asa!

Pada tahun 1952, Florence Chadwick mencuba untuk berenang sejauh 41.8 km dari Pantai California ke Pulau Catalina. Selepas 15 jam, kabut tebal mula menganggu penglihatannya, dia pun tidak dapat menentukan arahnya. Akhirnya dia terpaksa menyerah kalah. Chadwick berasa kesal selepas mendapat tahu bahawa hanya sejauh 1.6 km lagi untuk sampai ke destinasi jika dia tidak putus asa.

Bunga-Bunga Ais

Wilson Bentley yang berumur 15 tahun terpesona oleh kecantikan emping salji yang berjalin-jalin dan kompleks. Dengan begitu kagum, dia melihat emping salji itu dengan menggunakan mikroskop lama yang diberikan oleh emaknya. Lalu dia melakarkan corak emping salji yang luar biasa itu, tetapi emping salji mencair dengan terlalu cepat sehingga tidak cukup masa untuk menangkap ciri-cirinya. Selepas beberapa tahun, pada tahun 1885, dia mempunyai satu idea. Dia memasangkan kamera bellows (saluran kedap cahaya dengan tepi yang berlipat-lipat seperti akordian) pada mikroskop itu dan, selepas banyak percubaan dan kesilapan, dia berjaya mengambil gambar emping salji yang pertama. Sepanjang kehidupan Bentley, dia mengambil 5,000 keping gambar emping salji dan setiap satu mempunyai corak yang unik. Bentley menggambarkan emping salji itu sebagai “mukjizat kecil dalam kecantikan” dan “bunga-bunga ais.”

Pintu-Pintu Syurga

Artis berbangsa Itali, Lorenzo Ghiberti (1378-1455) menghabiskan bertahun-tahun dengan penuh kemahiran untuk mengukir imej kehidupan Yesus pada pintu gangsa Florence Baptistery di Itali. Corak-corak yang timbul pada pintu gangsa itu begitu menyentuh hati sehingga Michelangelo (seorang pengarca Itali) memanggilnya Pintu-Pintu Syurga.

Di Atas Sayap

Dalam buku Alan Tennant, On the Wing (Di Atas Sayap), dia menceritakan tentang usahanya untuk mengesan penghijrahan burung helang berbaka falko belalang. Burung helang ini terkenal dengan kecantikan, kepantasan dan kekuatan, malah burung yang menakjubkan ini pernah menjadi rakan memburu kegemaran bagi raja-raja dan orang kenamaan. Sedihnya, akibat penggunaan racun DDT yang berleluasa pada tahun 1950-an, kitaran pembiakan burung helang ini terganggu dan disenaraikan sebagai spesis terancam.

Pulau Charity

Pulau Charity merupakan pulau terbesar di Teluk Saginaw dalam Tasik Huron di Perairan Michigan. Selama beberapa tahun, pulau ini telah membekalkan rumah api yang memberikan bantuan kepada para pelayar dan pelabuhan yang selamat kepada sesiapa yang belayar di perairan ini. Pulau ini mendapat namanya kerana para pelayar percaya bahawa kewujudan pulau ini disebabkan oleh “kebaikan Tuhan,” maka ia dinamakan “Charity” (Kebaikan).

Sukacita Atas Kehadiran Tuhan

“Matlamat utama manusia adalah untuk memuliakan Tuhan dan memuji Dia selama-lamanya,” adalah pernyataan dalam ajaran Westminster Catechism (Soal Jawab Agama). Banyak ayat Kitab Suci memanggil untuk memberi kesyukuran dan penyembahan yang bersukacita kepada Tuhan yang hidup. Apabila kita menghormati Tuhan, kita merayakan Dia sebagai Sumber yang mengalirkan segala kebaikan.

Bermain Dengan Api

Ketika saya masih kanak-kanak, ibu saya memberi amaran supaya saya tidak bermain dengan api. Namun suatu hari saya memutuskan untuk melihat apa yang akan berlaku jika saya bermain dengan api. Saya mengambil sekotak pemetik api dan beberapa kertas, lalu saya keluar ke belakang rumah untuk membuat percubaan. Dengan hati yang berdebar-debar, saya berlutut di atas tanah, memetik pemetik api, dan membakarkan kertas.

Merasa Ditinggalkan

Dalam bukunya The Screwtape Letters, C. S. Lewis merekodkan satu perbualan rekaan antara Iblis tua dan Iblis muda tentang cara untuk menggoda seorang Kristian dengan betul. Kedua-dua Iblis itu menginginkan iman orang yang percaya kepada Tuhan dimusnahkan. “Jangan tertipu” kata Iblis tua kepada Iblis muda. “Rancangan kita tidak akan berjaya, apabila seorang manusia … melihat dan mencari setiap kesan tentang Tuhan di alam semesta, seolah-olah Tuhan tidak lagi wujud dan menanyakan sebab dia ditinggalkan, walaupun demikian, dia masih taat kepada Tuhan.”