Surat-surat Prihatin
Beberapa dekad yang lalu, Dr. Jerry Motto menemukan kuasa daripada “surat prihatin.” Penyelidikannya mencatatkan bahawa pengiriman surat yang menyatakan keprihatinan kepada pesakit yang keluar dari hospital dan pernah cuba membunuh diri dapat mengurangkan kadar pengulangan sebanyak 50%. Baru-baru ini, penyedia penjagaan kesihatan telah menemukan semula kuasa ini ketika mengirim teks, kad pos, dan bahkan mim media sosial (memes) sebagai rawatan susulan bagi mereka yang menderita kemurungan serius.
Kedalaman Kasih
Semasa Dylan McCoy berusia 3 tahun dan baru belajar berenang, dia terjatuh menembusi papan lapis reput yang menutupi perigi sedalam 12 meter di halaman belakang rumah datuknya. Dylan dapat tetap terapung di atas permukaan air perigi yang sedalam 3 meter sehingga bapanya turun untuk menyelamatkannya. Anggota bomba membawa tali untuk menariknya keluar tetapi ayahnya terlalu risau sehingga dia sanggup menuruni perigi berbatu yang licin untuk memastikan dia selamat.
Menghalau Penceroboh
Sebelum fajar menyingsing, suami saya sudah bangun dan pergi ke dapur. Saya nampak lampu berkelip-kelip dan tertanya-tanya apa yang sedang dilakukannya. Kemudian saya teringat bahawa pagi kelmarin saya terlihat “penceroboh—makhluk yang berkaki enam yang tidak dibenci” muncul di dapur kami. Suami saya tahu ketakutan saya dan segera datang untuk menghapusnya. Pagi ini dia bangun lebih awal untuk memastikan dapur kami tiada serangga supaya saya tidak berasa risau. Dia suami yang sungguh baik!
Galeri Berbisik
Di kubah katedral St. Paul di London yang berdiri megah, pengunjung boleh menaiki 259 anak tangga ke “Galeri Berbisik”. Di situ anda boleh berbisik dan boleh didengar oleh orang lain di sepanjang jalan pekeliling, bahkan di seberang jurang besar yang terletak hampir sejauh 30 meter. Jurutera menerangkan fenomena yang unik ini adalah hasil daripada kubah yang berbentuk sfera dan gelombang bunyi bisikan berintensiti rendah.
Cukup Besar
Cucu saya berlari ke barisan roller-coaster dan berdiri membelakangi penanda ketinggian untuk memastikan sama ada dia cukup besar untuk menaiki gerabak itu. Dia bersorak kegembiraan apabila kepalanya melepasi penanda.
Telur Doa
Di luar tingkap dapur saya, seekor burung robin sedang membuat sarang di bawah bumbung rumah. Saya suka melihat burung itu menyisip rumput di tempat yang selamat dan kemudian mengerami telur-telurnya. Setiap pagi saya akan memeriksa perkembangannya; tetapi tiada apa-apa yang berlaku. Telur burung robin mengambil masa selama 2 minggu untuk menetas.
Dipilih untuk Mengampuni
Sebagai pelajar sekolah menengah, Patrick Ireland mula berasa bahawa Tuhan telah memilihnya untuk suatu tujuan. Tetapi apakah tujuan tersebut? Pada masa kemudian, apabila dia menjadi salah seorang yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai yang kejam di Sekolah Menengah Columbine (Colorado), iaitu seramai 13 orang telah dibunuh dan 24 orang tercedera, termasuk Patrick sendiri, dia mula memahami tujuan itu.
Yesus yang Tersenyum
Sekiranya anda memainkan watak Yesus dalam filem, bagaimanakah anda menggambarkan watak tersebut? Itulah cabaran yang dihadapi oleh Bruce Marchiano, yang memainkan watak Yesus dalam Alkitab Visual filem Matius pada tahun 1993. Dia menyedari bahawa jutaan orang akan membuat kesimpulan tentang Yesus berasaskan lakonannya. Oleh itu, dia menghadapi tekanan besar untuk memberi gambaran yang “betul” tentang Kristus. Maka, dia berlutut dan berseru kepada Yesus—demi Yesus.
Berdoa Seperti Yesus
Setiap duit syiling mempunyai dua sisi. Bahagian depan disebut “kepala” kerana pada zaman Rom dahulu, ia menggambarkan pemimpin negara. Di bahagian belakang pula disebut “ekor,” istilah yang mungkin berasal daripada duit syiling sepuluh peni British yang menggambarkan lambang singa dengan ekornya yang menegak.