Penulis

Lihat semua
Kimya Loder

Kimya Loder

Kimya Loder ialah penyelidik dan cendekiawan dalam bidang kemasyarakatan dan politik. Dia dimotivasikan oleh warisan di Birmingham, kampung halamannya di negeri Alabama. Ketika membesar, dia menyaksikan ibu bapa, datuk dan neneknya mencontohi kepimpinan Yesus yang berjiwa hamba. Mereka bekerja selama berpuluh-puluh tahun untuk melayani dan memenuhi keperluan penduduk di masyarakat tempatan dari segi rohani dan kebendaan. Dia juga ingin meneruskan warisan ini melalui penyelidikan, penulisan dan kerja sosial. Kimya memperoleh ijazah dalam bidang Sosiologi dan Pengajian Antarabangsa dari Spelman College dan Sarjana Sastera dalam Sosiologi dari Universiti Standford, tempat yang kini dia sedang membuat persediaan bagi Doktor Falsafah. Hobi Kimya ialah menonton filem, melancong dan berkebun.

Artikel oleh Kimya Loder

Menangani Ketidakpastian

Kita hidup di dunia yang menawarkan pelbagai pilihan, ini boleh merangkumi tuala kertas hingga insurans nyawa . Pada tahun 2004, ahli psikologi Barry Schwartz menulis sebuah buku bertajuk The Paradox of Choice (Paradoks Pilihan). Dia berpendapat bahawa walaupun kebebasan memilih penting untuk kesejahteraan kita, tetapi terlalu banyak pilihan dapat menambah beban kita dan menyebabkan kita susah untuk membuat keputusan. Walaupun tidak banyak risiko terlibat ketika memutuskan tuala kertas yang akan dibeli, dilema dapat melesukan kita ketika membuat keputusan besar yang mempengaruhi perjalanan hidup kita. Oleh itu, bagaimanakah kita dapat mengatasi keadaan serba-salah dan menjalani kehidupan untuk Yesus dengan yakin?

Titik Fokus pada Tuhan

Putaran hujung kaki (Pirouette) merupakan putaran anggun yang dilakukan oleh penari balet dan penari kontemporari. Semasa kecil, saya suka melakukan putaran hujung kaki di kelas tarian moden saya, berpusing-pusing sehingga kepala saya pening, kemudian jatuh ke lantai. Apabila semakin berusia, saya belajar satu teknik untuk membantu mengekalkan keseimbangan dan mengawal kedudukan tubuh dengan cara “spotting”, iaitu menentukan satu titik fokus mata setiap kali saya melakukan putaran penuh. Saya hanya memerlukan satu titik fokus mata untuk menguasai kemahiran putaran hujung kaki saya dan menyelesaikannya dengan anggun. 

Berurusan dengan Percanggahan

Media sosial Twitter yang terkenal dengan mencipta platform agar orang di seluruh dunia menyatakan pendapat mereka dengan beberapa perkataan pendek. Akan tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, cara tersebut menjadi lebih kompleks ketika individu mula menggunakan Twitter sebagai alat untuk mencela orang lain atas sikap dan gaya hidup yang tidak disetujui mereka. Selepas anda log masuk Twitter pada bila-bila hari, anda akan melihat sekurang-kurangnya satu kiriman “Trend Untuk Anda” (topik hangat). Sekiranya anda klik pautan itu, anda akan menemui jutaan orang menyatakan pendapat mereka mengenai apa sahaja kontroversi yang timbul.