Media sosial Twitter yang terkenal dengan mencipta platform agar orang di seluruh dunia menyatakan pendapat mereka dengan beberapa perkataan pendek. Akan tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, cara tersebut menjadi lebih kompleks ketika individu mula menggunakan Twitter sebagai alat untuk mencela orang lain atas sikap dan gaya hidup yang tidak disetujui mereka. Selepas anda log masuk Twitter pada bila-bila hari, anda akan melihat sekurang-kurangnya satu kiriman “Trend Untuk Anda” (topik hangat). Sekiranya anda klik pautan itu, anda akan menemui jutaan orang menyatakan pendapat mereka mengenai apa sahaja kontroversi yang timbul.

Kita telah belajar mengkritik segala sesuatu secara terbuka: kepercayaan yang dipegang seseorang sehinggalah gaya pakaian mereka. Bagaimanapun, hakikatnya, sikap kritikal dan dingin itu sama sekali tidak patut dimiliki oleh orang yang percaya kepada Yesus. Walaupun ada kalanya kita harus menghadapi percanggahan, Alkitab mengingatkan orang percaya harus selalu bersikap “berbelas kasihan, baik hati, rendah hati, lemah-lembut, dan bersabar” (Kolose 3:12). Kita tidak patut mengkritik keras, bahkan terhadap musuh kita. Tuhan menggesa kita “saling bersabar dan saling mengampuni apabila ada yang menaruh dendam” (ayat 13).

Perlakuan ini tidak terhad kepada orang-orang yang memiliki gaya hidup dan kepercayaan yang kita setujui. Meskipun sukar, semoga kita menghulurkan rahmat dan kasih kepada semua orang yang kita temui di bawah bimbingan Kristus, dan mengingat bahawa kita juga orang yang ditebus oleh kasih-Nya.