Resolusi, nampaknya dibuat bersahaja. Maka sebilangan orang mempersendakan kenyataan ini dengan merancang sejumlah azam Tahun Baru yang dapat dicapai. Berikutlah beberapa contoh dalam media sosial:

Lambaikan tangan kepada pemandu kenderaan lain semasa berhenti di lampu isyarat.

Daftar untuk maraton. Usahlah hadiri.

Jangan menunda—esok baru bermula.

Tetap sesat tanpa bantuan Waze (sistem kedudukan sejagat).

Nyahikut sahabat yang mengirimkan siaran tentang regimen senaman mereka.

Bagaimanapun, konsep permulaan yang baru boleh menjadi perkara yang serius. Orang Yehuda yang berada dalam pembuangan sangat memerlukannya. Selepas lebih daripada 20 tahun, Tuhan memberi dorongan dan berjanji kepada mereka melalui nabi Yehezkiel semasa mereka berada dalam tawanan selama 70 tahun, “Sekarang Aku akan mengasihani keturunan Yakub” (Yehezkiel 39:25).

Tetapi bangsa ini pertama-tama perlu kembali kepada perkara dasar, iaitu perintah-perintah yang telah diberikan Tuhan kepada Musa 800 tahun sebelumnya. Ia termasuk mengadakan jamuan pada tahun baru. Bagi orang Yahudi kuno, ia bermula pada awal musim bunga (Yehezkiel 45:18). Tujuan utama perayaan adalah mengingatkan mereka tentang sifat Tuhan dan kehendak-Nya. Dia memberitahu pemimpin mereka, “Hentikan penindasan dan perbuatan yang kejam. Lakukan yang benar dan adil” (Yehezkiel 45:9). Dia turut mengutamakan sifat kejujuran (Yehezkiel 45:10).

Kita juga harus menerapkan pelajaran ini. Kepercayaan kita mesti dipraktikkan, jika tidak, itu hanyalah sia-sia (Yakobus 2:17). Pada tahun baru ini, ketika Tuhan menyediakan apa yang kita perlukan, semoga kita mempraktikkan iman kita dengan kembali kepada dasarnya: “Kasihilah Tuhan Allahmu,” dan “Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri” (Matius 22:37–39).