Kita hidup di dunia yang menawarkan pelbagai pilihan, ini boleh merangkumi tuala kertas hingga insurans nyawa . Pada tahun 2004, ahli psikologi Barry Schwartz menulis sebuah buku bertajuk The Paradox of Choice (Paradoks Pilihan). Dia berpendapat bahawa walaupun kebebasan memilih penting untuk kesejahteraan kita, tetapi terlalu banyak pilihan dapat menambah beban kita dan menyebabkan kita susah untuk membuat keputusan. Walaupun tidak banyak risiko terlibat ketika memutuskan tuala kertas yang akan dibeli, dilema dapat melesukan kita ketika membuat keputusan besar yang mempengaruhi perjalanan hidup kita. Oleh itu, bagaimanakah kita dapat mengatasi keadaan serba-salah dan menjalani kehidupan untuk Yesus dengan yakin?

Sebagai orang yang percaya kepada Kristus, mencari hikmat Tuhan membantu kita menghadapi keputusan yang sukar. Ketika kita memutuskan apa pun dalam kehidupan, besar atau kecil, Alkitab memerintahkan kita “percayalah kepada TUHAN dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri” (Amsal 3:5). Apabila kita bergantung kepada penilaian sendiri, kita boleh menjadi bingung dan bimbang jika kita terlepas pandang perincian penting atau membuat pilihan yang salah. Tetapi apabila kita mencari Tuhan untuk jawapan, Dia akan “menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu” (ayat 6). Dia akan memberi kita kepastian dan kedamaian ketika kita membuat keputusan dalam kehidupan sehari-hari.

Tuhan tidak mahu kita menjadi tegang atau tertekan disebabkan keputusan kita. Kita dapat menemukan kedamaian melalui hikmat dan haluan yang diberikan-Nya ketika kita menyerahkan hal-hal yang merisaukan kita kepada-Nya dalam doa.