Perjalanan Yang Terpenting
Jalan Raya No. 5 di Madagascar (National Road 5) menonjolkan keindahan pantai pasir putih, hutan sawit dan Lautan Hindi di sepanjang perjalanan. Namun, jalan dua laluan ini yang sejauh 201 km ini diliputi batu gondol, pasir dan lumpur, maka ia juga terkenal sebagai salah satu jalan yang paling teruk di dunia. Para pelancong yang ingin menikmati pemandangan yang luar biasa ini dinasihatkan agar membawa bersama kenderaan pacuan empat roda, pemandu yang berpengalaman, serta seorang mekanik ke sana.
Kegemilangan Rom
Kegemilangan Empayar Rom telah membentangkan latar belakang yang luar biasa bagi kelahiran Yesus. Pada tahun 27 sm, raja Roma yang pertama, Kaisar Agustus menamatkan perang saudara yang berlangsung selama 200 tahun dan mula menggantikan kawasan yang termusnah akibat perang dengan tugu peringatan, kuil, arena dan kompleks-kompleks kerajaan. Menurut sejarawan Rom, Plinius yang Tua (seorang ahli falsafah alam pada awal Empayar Rom), bangunan-bangunan yang telah dibina merupakan “bangunan terindah yang pernah wujud di dunia.”
Menu Rahsia
“Meat Mountain” adalah sejenis sandwic besar yang dilapisi dengan enam jenis daging. Sandwic ini disusun dengan daging ayam yang lembut, tiga keping dendeng babi, dua keping keju, dan banyak lagi. Sandwic ini seumpama hidangan istimewa sesebuah restoran.
Zoo Bapa
June Williams hanya berusia 4 tahun apabila bapanya membeli 7 ekar tanah untuk membina sebuah zoo tanpa penghadang atau sangkar. Semasa membesar dia mengingati usaha bapanya yang kreatif untuk membantu haiwan liar berasa bebas walaupun dalam kurungan. Hari ini Zoo Chester merupakan salah satu tarikan hidupan liar yang paling popular di England. Sebagai tempat tinggal untuk 11,000 haiwan di 110 ekar tanah, zoo ini mencerminkan bapanya mengambil berat tentang pendidikan, pemuliharaan dan kebajikan haiwan.
Lebih Baik Daripada Terjaga
Pernahkah anda merasakan bahawa hidup anda telah hancur akibat melakukan perbuatan yang memalukan, mengaibkan ataupun jenayah—tetapi bangun dan menyedari bahawa ia hanya suatu mimpi? Tetapi bagaimana jika ia bukan sekadar suatu mimpi ngeri? Bagaimana sekiranya semua keadaan itu nyata—sama ada untuk dirimu sendiri atau seseorang yang anda kasihi?
Projek Babel
Dua orang pekerja ditanya tentang apa yang sedang dibina oleh mereka. Seorang berkata bahawa dia sedang membina garaj. Seorang lagi berkata bahawa dia sedang membina sebuah gereja yang besar. Selepas sehari berlalu, tinggal hanya seorang pekerja yang sedang meletakkan bata. Apabila ditanya tentang pekerja kedua, pekerja pertama itu menjawab, “Oh, dia sudah dipecat kerana dia berkeras untuk membina sebuah gereja besar dan bukannya garaj.”
Einstein Dan Yesus
Kita ingat Albert Einstein lebih daripada rambutnya yang kusut, mata besar, dan kepintarannya yang lucu dan menarik. Kita mengenali dia sebagai genius dan ahli fizik yang mengubah cara kita melihat dunia. Formulanya yang terkenal E=mc2 merevolusikan pemikiran saintifik dan membawa kita ke zaman nuklear. Melalui “Teori Relativiti Khas” dia memberi alasan bahawa oleh sebab segala sesuatu dalam alam semesta ini bergerak, semua pengetahuan hanyalah suatu perspektif. Dia percaya bahawa kelajuan cahaya adalah satu-satunya pemalar, yang kita boleh gunakan untuk mengukur ruang, masa, atau jisim fizikal.
Bahan yang Ajaib
CNN (Cable News Network) menamakan sejenis bahan terbitan grafit sebagai “bahan yang ajaib,” malah boleh mengubah masa depan kita. Grafit adalah sesuatu bahan yang hanya bersaiz senipis satu atom. Ia merupakan bahan dua dimensi yang hebat di dunia 3-D (tiga dimensi). Ia seratus kali ganda lebih kuat daripada keluli, lebih keras daripada berlian, boleh meng-alirkan elektrik seribu kali lebih baik daripada kuprum, dan lebih fleksibel daripada getah.
Berbaloi
Pada akhir abad ke-4, pengikut-pengikut Kristus tidak lagi dijadikan makanan singa untuk hiburan warga Rom. Tetapi permainan maut ini berlanjutan sehinggalah suatu hari, apabila seorang lelaki melompat keluar daripada orang ramai dengan berani, untuk cuba menghalang dua gladiator membunuh sesama.