June Williams hanya berusia 4 tahun apabila bapanya membeli 7 ekar tanah untuk membina sebuah zoo tanpa penghadang atau sangkar. Semasa membesar dia mengingati usaha bapanya yang kreatif untuk membantu haiwan liar berasa bebas walaupun dalam kurungan. Hari ini Zoo Chester merupakan salah satu tarikan hidupan liar yang paling popular di England. Sebagai tempat tinggal untuk 11,000 haiwan di 110 ekar tanah, zoo ini mencerminkan bapanya mengambil berat tentang pendidikan, pemuliharaan dan kebajikan haiwan.

Salomo mempunyai minat yang sama terhadap semua makhluk besar mahupun kecil. Selain mengkaji hidupan liar di Timur Tengah, dia mengimport haiwan eksotik seperti kera dan monyet dari tempat-tempat yang jauh (1 Raja-Raja 10:22). Tetapi salah satu amsalnya menunjukkan kepada kita bahawa pengetahuan Salomo tentang alam semula jadi telah melampaui sifatnya yang ingin tahu. Apabila dia menunjukkan implikasi rohani tentang cara kita memperlakukan haiwan, dia mencerminkan hati Pencipta kita: “Orang baik memelihara ternakan mereka, tetapi orang jahat menyeksa ternakan mereka” (Amsal 12:10).

Dengan kebijaksanaan yang dikurniai oleh Tuhan, Salomo melihat bahawa hubungan kita dengan Pencipta bukan sahaja memberi kesan terhadap cara kita memperlakukan orang, tetapi juga pertimbangan kita yang diberikan kepada binatang dalam penjagaan kita.