Penulis

Lihat semua
Marvin Williams

Marvin Williams

Marvin Williams mula menulis untuk Our Daily Bread pada tahun 2007. Dia juga menulis untuk bahan renungan Our Daily Bread Ministries yang lain, Our Daily Journey. Marvin ialah pastor kanan Trinity Church di Lancing, Michigan. Marvin menerima pendidikan di Bishop College di Dallas, Texas, dan Trinity Evangelical Divinity School di Deerfield, Illinois. Dia juga melayani sebagai pastor di Grand Rapids, Michigan. Dia dan isterinya, Tonia mempunyai tiga orang anak.

Artikel oleh Marvin Williams

Bau Yang Sangat Busuk

Pada bulan Ogos 2013 sekumpulan besar orang ramai berkumpul di Sekolah Muzik Phipps di Pittsburgh, Pennsylvania, untuk menyaksikan tumbuhan tropika yang dikenali sebagai bunga mayat berbunga. Memandangkan bunga ini berasal dari Indonesia dan berbunga hanya sekali dalam beberapa tahun, bunganya yang berkembang menjadi satu tontonan yang mengagumkan. Sekiranya ia berkembang, bunga cantik, besar dan berduri akan mengeluarkan bau seperti daging busuk. Disebabkan baunya yang hanyir, bunga ini menarik lalat dan kumbang yang mencari daging reput. Namun anda tidak akan menemui madu bunga.

Kompas Tuhan

Sdaemasa Perang Dunia II, kompas-kompas kecil telah menyelamatkan nyawa 27 orang pelayar, 482 kilometer dari pantai Carolina Utara. Masa itu Waldemar Semenov, seorang pedagang laut yang sudah bersara sedang berkhidmat sebagai jurutera peringkat rendah dalam kapal SS Alcoa Guide. Tiba-tiba sebuah kapal selam Jerman timbul di permukaan air dan mula melepaskan tembakan ke arah kapal itu. Kapal laut tersebut terkena tembakan, lalu terbakar, dan mula tenggelam. Semenov dan anak-anak kapal lain dengan segera menurunkan bot penyelamat yang dilengkapkan dengan kompas ke dalam air, lalu menggunakan kompas tersebut untuk memimpin mereka ke arah jalan laut yang lebih dekat dengan pantai. Selepas tiga hari, mereka diselamatkan.

Kuasa Perkataan

Nelson Mandela, yang menentang rejim aparteid Afrika Selatan dan dipenjarakan selama hampir 3 dekad, mengetahui kuasa kata-kata. Kata-katanya sering dipetik hari ini, tetapi ketika di dalam penjara kata-katanya tidak dapat dipetik kerana takut akibatnya. Satu dekad selepas dibebaskan, dia berkata: “Tidak pernah menjadi kebiasaan saya untuk menggunakan perkataan dengan terburu-buru. Jika 27 tahun di dalam penjara telah berbuat sesuatu kepada kami, maka ia adalah penggunaan kesenyapan ketika berseorangan untuk menjadikan kita memahami betapa berharganya perkataan, dan bagaimana ucapan yang sebenar membawa kesan terhadap cara orang hidup dan mati.”

Memuji-muji Tuhan yang Hidup

Pada tahun 2005, ketika Rosa Parks, seorang pejuang hak sivil di Amerika Syarikat meninggal dunia, Oprah Winfrey (seorang pengacara rancangan temu bual) berpendapat bahawa itu satu keistimewaan untuk memuji-muji dia. Oprah berkata tentang Rosa yang enggan memberikan tempat duduknya kepada seorang penumpang berkulit putih di dalam sebuah bas pada tahun 1955, “Saya sering memikirkan apa yang mendorong Rosa berbuat demikian, sedangkan ketegangan pada waktu itu dan apa-apa yang mungkin berlaku pada diri anda. Anda bertindak tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri dan telah membuatkan kehidupan kami masa kini terasa lebih adil.”

Sauh Kita

Setelah Estella Pyfrom bersara daripada mengajar, dia membeli sebuah bas yang dilengkapkan dengan komputer dan meja. Kini dia memandu “Bas Cerdik” itu melalui Palm Beach Country, Florida, malah menyediakan sebuah tempat bagi kanak-kanak yang menghadapi cabaran, agar mereka boleh membuat kerja rumah dan belajar teknologi. Estella menyediakan kestabilan dan harapan kepada kanak-kanak yang mungkin pernah digoda untuk membuang impian mereka demi masa depan yang lebih cerah.

Meredakan Ribut

Apabila Taufan Katrina menuju pantai Mississippi, seorang pastor yang bersara dan isterinya meninggalkan rumah mereka untuk pergi ke tempat perlindungan. Anak perempuan mereka merayu agar mereka pergi ke Atlanta supaya dia boleh menjaga mereka, tetapi pasangan itu tidak dapat mengeluarkan wang untuk perjalanan itu kerana semua bank telah tertutup. Selepas ribut berlalu, mereka kembali ke rumah mereka untuk mendapatkan sedikit barang, dan hanya dapat menyelamatkan beberapa keping gambar keluarga yang terapung di air. Kemudian, apabila pastor itu mengeluarkan foto ayahnya daripada bingkai gambar agar ia boleh kering, $366 terjatuh—jumlah yang tepat untuk membeli dua tiket penerbangan ke Atlanta. Mereka belajar bahawa mereka boleh mempercayai Yesus untuk apa pun yang diperlukan mereka.

Tuhan Selalu Mendengar

Sehari sebelum Billy Graham ditemu ramah dalam rancangan televisyen The Today Show pada tahun 1982, pengarah perhubungan awamnya, Larry Ross, meminta sebuah bilik peribadi disediakan untuk Graham sebagai tempat berdoa sebelum wawancara tersebut. Namun apabila encik Graham tiba di studio, pembantu peribadinya memaklumkan Ross bahawa encik Graham tidak perlu bilik. Dia berkata, “Encik Graham mula berdoa apabila dia bangun pagi ini, dia berdoa ketika…

Marvin Williams

Marvin Williams mula menulis untuk Our Daily Bread pada tahun 2007. Dia juga menulis untuk bahan renungan Our Daily Bread Ministries yang lain, Our Daily Journey. Marvin ialah pastor kanan Trinity Church di Lancing, Michigan. Marvin menerima pendidikan di Bishop College di Dallas, Texas, dan Trinity Evangelical Divinity School di Deerfield, Illinois. Dia juga melayani sebagai pastor di Grand Rapids, Michigan.…

Ikutlah Aku

Kelab kesihatan menawarkan banyak program yang berbeza kepada orang yang ingin mengurangkan berat badan dan mengekalkan kesihatan. Sebuah pusat kesihatan hanya membekalkan perkhidmatan kepada orang yang ingin mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 20kg dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Seorang ahli berkata bahawa dia tidak lagi pergi ke kelab kesihatan sebelum kelab ini kerana dia berasa bahawa orang yang kurus dan…