Bapa yang Berbelas Kasihan
Selepas Gabriel yang berumur 8 tahun menjalani pembedahan untuk mengeluarkan tumor di otaknya, satu bekas yang ketara kelihatan di tepi kepalanya. Apabila budak itu berkata bahawa bekas pembedahan tersebut membuat dia berasa seperti seekor raksasa, bapanya, Josh, mempunyai satu idea untuk menunjukkan betapa dia menyayangi anak lelakinya: dia mencacah tatu yang sama bentuk dengan bekas pembedahan Gabriel.
Tetamu yang Tidak Diingini
Kyle dan Allison menikmati bulan madu yang indah di luar negara. Namun, ketika mereka pulang ke rumah, mereka mendapati kaki Kyle menghidapi ruam yang pelik dan gatal. Pasangan ini pun berjumpa dengan pakar penyakit berjangkit. Doktor pakar itu memberitahu mereka bahawa parasit kecil telah menyelinap masuk ke kaki Kyle melalui lepuh yang disebabkan oleh sandal baharunya. Apa yang bermula sebagai percutian impian kini berakhir pula dengan pertempuran yang mencabar dengan “tetamu” yang tidak diingini.
Kamu boleh Lakukannya!
Galakan adalah seperti oksigen—kita tidak boleh hidup tanpanya. Inilah yang berlaku kepada James Savage yang berusia 9 tahun. Anak itu berenang lebih daripada 3.2 kilometer ulang-alik dari pinggir pantai San Francisco ke Pulau Alcatraz, memecahkan rekod orang termuda untuk mencapai prestasi itu. Tetapi 30 minit setelah berenang, perairan yang sejuk dan berombak itu membuat James ingin berhenti. Namun, sekumpulan pengayuh berseru, “Kamu boleh lakukannya!” Kata-kata itu memberinya dorongan yang diperlukan untuk menyelesaikan matlamatnya.
Tuhan Membela Kita
Seorang ibu dari Colorado membuktikan dia akan berbuat apa sahaja untuk melindungi anaknya. Anak lelakinya yang berumur lima tahun sedang bermain di luar, tiba-tiba kedengaran anaknya itu menjerit. Dia bergegas keluar, dan betapa gerunnya dia melihat “teman sepermainan” anaknya yang tidak dijangka, iaitu seekor singa pergunungan. Kucing gergasi itu menindih anak kecil itu, dengan kepala si anak di dalam mulutnya. Si ibu mengumpulkan semangat pelindungnya untuk melawan singa itu dan mengumpil rahangnya demi menyelamatkan si anak. Tindakan kepahlawanan ibu itu mengingatkan kita bagaimana sifat keibuan digunakan dalam Alkitab untuk menggambarkan kasih sayang dan perlindungan Tuhan yang teguh terhadap anak-anak-Nya.
Inginkan Dia
Umur Hanyalah nombor
Usia muda tidak harus menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu. Ini pasti bukan halangan bagi Mikaila yang berusia 11 tahun. Mikaila tidak bermula dengan gerai menjual jus lemon, sebaliknya dia terus memulakan perniagaan jus lemon, Me & the Bees Lemonade. Dia menubuhkan perniagaan ini dengan resipi neneknya dan akhirnya memperoleh modal pelaburan sebanyak $60,000 AS dolar daripada beberapa pelabur dalam rancangan televisyen Shark Tank. Dia juga menandatangani kontrak dengan sebuah pasar raya untuk menjual jus lemonnya kepada 55 buah cawangan pasar raya tersebut.
Tuhan Membersihkan Noda
Alangkah baiknya jika pakaian kita lebih berfungsi, dengan kemampuan membersihkan diri selepas tertumpah sos atau minuman ke atasnya! Menurut kumpulan BBC, jurutera di China telah menghasilkan sejenis lapisan yang “membuat kapas membersihkan noda dan menghilangkan bau apabila terdedah kepada sinaran ultraungu.” Bolehkah anda bayangkan apa akan terjadi jika pakaian dapat membersihkan diri?
Sabar Menunggu
Menunggu boleh mencuri kedamaian kita. Menurut saintis komputer Ramesh Sitaraman, ada beberapa perkara yang “membangkitkan kekecewaan dan kemarahan universal” pengguna Internet termasuklah menunggu penyemak imbas web yang lambat memproses. Menurut penyelidikannya, kita bersedia menunggu kira-kira 2 saat untuk memuatkan video dalam talian. Selepas 5 saat, kadar pengabaian adalah sekitar 25 peratus, dan setelah 10 saat, separuh pengguna mengabaikan usaha mereka. Pastinya kita orang yang tidak sabar!
Bukan untuk Keselesaan Kita
Pada suatu hari Dan sedang menunggang motosikalnya. Tiba-tiba sebuah kereta membelok ke lorongnya dan melanggarnya ke arah lalu lintas yang sibuk. Ketika dia sedar 2 minggu kemudian di pusat trauma, keadaannya amat teruk. Dia mengalami kecederaan saraf tunjang yang menyebabkannya lumpuh. Dan berdoa untuk kesembuhan tetapi doanya tidak terjawab. Namun dia tetap mempercayai belas kasihan Tuhan yang mengajarnya bahawa “tujuan hidup kita adalah menyerupai Kristus. Sedihnya, hal ini tidak berlaku apabila hidup kita kelihatan indah. Ia ... berlaku ketika hidup kita dilanda kesusahan dan apabila kita terpaksa bergantung kepada Tuhan melalui doa untuk mengharungi hari-hari kita.”