Untuk menguji kestabilan dua buah rumah, jurutera membuat simulasi ribut taufan Kategori 3 dengan menggunakan kipas yang kuat untuk menghasilkan tiupan angin selaju 160 kilometer per jam selama 10 minit. Rumah pertama dibina berdasarkan kod bangunan yang tiada taufan, dan rumah kedua dibina dengan memperkukuhkan atap dan lantai. Rumah pertama bergegar dan akhirnya runtuh, manakala rumah kedua bertahan dengan hanya sedikit kerosakan secara luaran. Salah seorang jurutera menyimpulkan kajian tersebut dengan menyoal, “Kamu mahu tinggal di rumah yang mana?”

Ketika Yesus menyimpulkan ajaran-Nya tentang nilai Pemerintahan Tuhan, Dia berkata, “Setiap orang yang mendengar kata-kata-Ku ini dan menurutnya, dia seperti seorang bijak yang membina rumah di atas batu” (Matius 7:24). Rumah itu bertahan walaupun ditiup angin kencang. Sebaliknya, orang yang mendengar kata-kata Yesus tetapi tidak menurutnya, “dia seperti seorang bodoh yang membina rumah di atas pasir” (ayat 26). Angin kencang meniup, dan rumah itu roboh. Yesus memberi dua pilihan kepada para pendengar-Nya: membina kehidupan anda di atas asas yang kukuh dengan taat kepada-Nya, atau di atas pasir, yakni cara hidup anda yang tidak stabil.

Kita juga perlu membuat pilihan. Adakah kita akan membina kehidupan kita dalam Yesus dan mentaati perintah-Nya? Dengan pertolongan Roh Kudus, kita boleh memilih untuk membina hidup kita dalam Kristus.