Penulis

Lihat semua
Ruth O’Reilly-Smith

Ruth O’Reilly-Smith

Ruth ialah seorang penyiar radio dengan United Christian Broadcasters di United Kingdom. Kini dia merupakan hos dalam program pada hari Isnin hingga hari Jumaat di stesen UCB2, mula dari pukul 9 pagi sehingga 1 petang. Ketika membesar dalam keluarga Kristian dan sebagai anak sulung antara lima orang adik-beradik, Ruth mengasihi Yesus, malah dia berkomited untuk mengikut Dia sepenuh hati ketika masih remaja. Ruth dilahirkan dan membesar di Afrika Selatan. Kini dia tinggal di England bersama suaminya dan anak kembarnya—seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Dia suka memasak, membaca, bersiar-siar, dan meminum kopi dengan kawan-kawannya.

Artikel oleh Ruth O’Reilly-Smith

Campur Tangan yang Berdaulat

Barbara membesar di bawah pemeliharaan Kerajaan British pada tahun 1960-an. Tetapi apabila dia berumur 16 tahun, dia dan anaknya Simon yang baru lahir telah kehilangan tempat tinggal. Negaranya tidak lagi terikat untuk menanggung perbelanjaannya pada umur itu. Maka Barbara menulis surat kepada Ratu England untuk mendapatkan pertolongan dan dia menerima respons! Dengan penuh kasih, Ratu England telah mengatur supaya Barbara memiliki sebuah rumah sendiri.

Dalam Kelemahan Kita

Walaupun Anne Sheafe Miller meninggal dunia pada tahun 1999 pada usia 90 tahun, dia hampir-hampir meninggal dunia pada tahun 1942 selepas mengalami septisemia (keracunan darah) berikutan keguguran anak dan semua rawatan yang tidak berkesan. Apabila seorang pesakit di hospital yang sama menyebutkan hubungannya dengan seorang saintis yang sedang berusaha menghasilkan satu ubat baru, doktor Anne mendesak kerajaan untuk mengeluarkan sejumlah kecil untuk Anne. Dalam sehari, suhu badannya kembali pulih! Ubat yang kemudian dinamakan sebagai penisilin telah menyelamatkan nyawa Anne.

Rancangan Persaraan Tuhan

Ahli arkeologi Dr. Warwick Rodwell telah membuat penemuan yang luar biasa di Katedral Lichfield, England, semasa dia sedang bersedia untuk bersara. Sementara para pekerja menggali dengan berhati-hati sebahagian lantai gereja untuk membuat dasar yang boleh dipindah, mereka menemukan arca malaikat agung Gabriel yang dijangka berusia 1200 tahun. Rancangan persaraan Dr. Rodwell telah ditangguhkan kerana penemuan tersebut telah membawanya ke suatu musim yang amat menarik dan sibuk.

Melepaskan dan Maju Terus

Saya teringat akan nasihat bijak yang diberikan oleh seorang rakan saya, yang juga merupakan seorang juruhebah radio. Pada awal kerjayanya, ketika rakan saya berjuang untuk mengetahui bagaimana menangani kritikan dan pujian, dia berasa bahawa Tuhan menggalakkan dia melepaskan kedua-duanya. Apakah tindakan penting yang dilakukannya? Belajar dengan semampunya daripada kritikan dan menerima pujian. Kemudian melepaskan kedua-dua hal itu, serta dengan rendah diri maju terus dalam rahmat dan kuasa Tuhan.

Diubah dan Mengubah

Tani dan Modupe membesar di Nigeria dan pergi belajar di United Kingdom pada tahun 1970-an. Setelah mereka sendiri mengalami perubahan disebabkan oleh rahmat Tuhan, mereka tidak pernah terfikir bahawa mereka akan dipakai untuk mengubah salah satu komuniti yang serba kekurangan dan terpencil di England—Anfield di Liverpool. Ketika Dr. Tani dan Dr. Modupe Omideyi bergantung pada Tuhan dan melayani komuniti mereka dengan setia, Tuhan pun memulihkan harapan bagi ramai orang. Mereka memimpin sebuah gereja yang bersemangat dan terus menjalankan banyak projek komuniti yang telah membawa perubahan kepada ramai orang.