Saya teringat akan nasihat bijak yang diberikan oleh seorang rakan saya, yang juga merupakan seorang juruhebah radio. Pada awal kerjayanya, ketika rakan saya berjuang untuk mengetahui bagaimana menangani kritikan dan pujian, dia berasa bahawa Tuhan menggalakkan dia melepaskan kedua-duanya. Apakah tindakan penting yang dilakukannya? Belajar dengan semampunya daripada kritikan dan menerima pujian. Kemudian melepaskan kedua-dua hal itu, serta dengan rendah diri maju terus dalam rahmat dan kuasa Tuhan.

Kritikan dan pujian menggerakkan emosi kita dengan kuat, jika dibiarkan, itu boleh menimbulkan sama ada perasaan benci diri ataupun perasaan ego yang tinggi. Dalam Amsal, kita membaca tentang manfaat galakan dan nasihat yang bijaksana: “Berita baik menyenangkan hati … Orang yang tidak mahu belajar, tidak menghargai diri mereka. Orang yang menerima tegur ajar, menjadi lebih bijak”(15:30, 32).

Jika kita menerima kritikan, semoga ini boleh mempertajam akal kita. Kitab Amsal mengatakan, “Orang yang mengendahkan tegur ajar, tergolong orang bijak” (ayat 31). Dan jika kita diberkati dengan kata-kata pujian, semoga kita diperbaharui dan dipenuhi dengan kesyukuran. Semasa kita berjalan dengan kerendahan hati bersama Tuhan, Dia dapat menolong kita belajar daripada kedua-dua hal ini, iaitu kritikan dan pujian, melepaskannya, dan kemudian mara terus dalam Dia (ayat 33).