Menemukan Sukacita Dalam Pujian
Ketika penulis Biritish yang terkenal, C. S. Lewis mula-mula menyerahkan hidupnya kepada Yesus, dia keberatan untuk memuji Tuhan. Bahkan, dia menyebutnya sebagai “batu sandungan.” Dia bergelut “dengan prasangka bahawa Tuhan sendiri yang menuntut pujian terhadap diri-Nya.” Akan tetapi, kemudian Lewis menyedari bahawa “semasa Tuhan disembah, dinyatakanlah hadirat-Nya kepada umat-Nya. Kemudian “dalam kasih Tuhan yang sempurna,” kita akan menemukan sukacita dalam Dia, maka pujian akan terlahir dari hati kita secara semula jadi sebagaimana “cermin menyerap dan memantulkan terang,” sukacita dan pujian saling berkaitan.
Merumput dengan Bijak
Cucu-cucu saya berlari di sekitar halaman belakang rumah saya. Bermain permainan? Bukan, mereka sedang mencabut lalang. “Mencabutnya dari akar!” kata si bongsu sambil menunjukkan “hadiahnya”—serumpun lalang yang besar. Kegembiraan cucu perempuan saya ini turut dirasakan ketika kami menikmati masa mencabut akar-akar lalang pada hari itu—membuang setiap ancaman serangga perosak yang menjengkelkan. Namun sebelum mengalami kegembiraan itu, semua lalang harus tercabut.
Jangan Berputus Asa
“Masa berlalu. Perang terjadi.” Demikianlah Uskup Semi Nigo yang berbangsa Keliko di Sudan Selatan menerangkan pergelutan panjang gerejanya untuk mendapatkan Alkitab dalam bahasa mereka sendiri. Sebenarnya, tiada satu pun perkataan pernah dicetak dalam bahasa Keliko. Beberapa dekad sebelumnya, datuk Uskup Nigo dengan berani memulakan projek penterjemahan Alkitab, tetapi perang dan pergolakan sering menghentikan usaha mereka. Walaupun terdapat serangan berulang kali di kem pelarian mereka di utara Uganda dan Republik Demokratik Congo, uskup dan rakan-rakannya tetap meneruskan projek itu.
JANGAN LUPA UNTUK MENYANYI
MEMULIHKAN APA YANG HILANG
Di sebuah kedai telefon, seorang pastor muda bersedia untuk menerima satu berita buruk. Telefon bimbitnya yang terjatuh di kelas Alkitab nampaknya tidak dapat dibaiki lagi, bukan? Sebenarnya tidak. Pekerja kedai itu memulihkan kesemua maklumat, termasuk video Alkitab dan gambar-gambarnya. Dia juga memulihkan “setiap gambar yang pernah dihapus,” katanya. Pekedai itu juga “menggantikan telefon bimbit saya yang lama dengan telefon bimbit yang baru.” Seperti yang dikatakannya, “Saya telah memulihkan semua yang hilang dan sebenarnya, lebih daripada itu.”
Akhirnya Bebas
20 tahun telah berlalu sebelum John McCarthy, seorang wartawan British—orang tawanan selama 5 tahun semasa perang saudara Lebanon—bertemu dengan orang yang membuat rundingan pembebasannya. Ketika McCarthy akhirnya bertemu dengan utusan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), Giandomenico Picco, McCarthy hanya berkata, “Terima kasih atas usaha membebaskan saya!” Kata-katanya pendek tetapi penuh dengan kesyukuran kerana Picco telah mempertaruhkan nyawanya semasa rundingan yang berbahaya demi mendapatkan pembebasan McCarthy dan orang tawanan lain.
Tuhan yang Berbelas Kasihan
Malam musim sejuk itu terasa dingin ketika seseorang melemparkan batu besar ke tingkap bilik tidur kanak-kanak Yahudi. Ini disebabkan oleh hiasan bintang Daud serta menorah (kaki pelita yang bercabang tujuh) diletakkan di tepi tingkap untuk meraikan Hanukkah, iaitu Pesta Cahaya orang Yahudi. Di bandar kanak-kanak itu, Billings, Montana, beribu-ribu orang yang kebanyakannya orang Kristian memberi respons terhadap kebencian itu dengan belas kasihan. Mereka memahami kesakitan hati dan ketakutan jiran-jiran Yahudi, maka mereka turut menampal gambar menorah di tingkap mereka sendiri.
Bunga Api Kehidupan
Pada ambang tahun baru, ketika letupan bunga api yang kuat bergema melintasi pelbagai kota dan bandar raya di seluruh dunia, bunyinya memang lantang. Menurut pengilang, ciri-ciri bunga api sememangnya adalah berkilauan dan bertujuan untuk menghangatkan suasana. Bunyi bunga api “Pengulang” adalah yang paling bising, terutamanya ketika meletup berdekatan dengan tanah.
Kata-Kata yang Lemah Lembut
Saya pernah bertengkar di halaman Facebook. Tindakan yang tidak bijak. Apa yang membuat saya berasa perlunya untuk “membetulkan” orang lain tentang sesuatu topik hangat—terutamanya yang berunsur perpecahan? Akibatnya, perkataan yang menimbulkan kemarahan, menyakitkan hati (ke atas diri saya), dan merosakkan peluang untuk bersaksi dengan baik bagi Yesus. Itulah hasil daripada “kemarahan internet”, iaitu istilah bagi perkataan keras yang dilontarkan setiap hari di dunia blog. Seperti yang dijelaskan oleh seorang pakar etika, orang ramai salah menganggap bahawa keberangan “adalah cara biasa untuk mengemukakan sesuatu idea.”