Penulis

Lihat semua
Patricia Raybon

Patricia Raybon

Patricia, seorang bekas editor bagi Majalah Hari Ahad bagi The Denver Post dan bekas profesor madya bagi kewartawanan di Universiti Colorado di Boulder, kini menulis buku-buku yang merapatkan jurang “untuk menginspirasikan orang lebih mengasihi Tuhan dan mengasihi satu sama lain.” Matlamatnya ialah “tetap percaya dan berlumba—dengan rahmat.” Kerana kasihnya akan ayat Alkitab, dia juga menyokong projek-projek penterjemahan Alkitab di seluruh dunia. Buku-bukunya yang memenangi anugerah termasuklah My First White Friend dan I Told the Mountain to Move. Sebagai seorang ibu kepada dua orang anak dan nenek bagi lima orang cucu, dia dan suaminya, Dan tinggal di Colorado dan mereka menikmati menonton filem, makan popcorn, membaca kisah-kisah misteri dan drama-drama lipur lara dari stesen televisyen awam PBS. Anda boleh menemukan dia di patriciaraybon.com.

Artikel oleh Patricia Raybon


Diikuti oleh Kebaikan Tuhan

Semasa di sekolah menengah, pekerjaan pertama saya adalah bekerja di sebuah kedai pakaian wanita yang mempunyai seorang pengawal keselamatan wanita berpakaian seperti pembeli, mengikuti wanita yang dia fikir mungkin mencuri barang jualan. Orang tertentu pula memiliki wajah yang mungkin dianggap mencurigakan oleh pemilik kedai, tetapi orang lain yang tidak dianggap sebagai ancaman dibiarkan sahaja. Saya sendiri pernah disalah anggap di kedai dan diikuti, inilah pengalaman yang menarik kerana taktik itu tidak dapat dilupakan.

Snek Rendah Hati

Beg snek kerepek itu kecil, tetapi memberi pengajaran besar kepada seorang mubaligh dari Amerika. Ketika bekerja pada suatu petang di Republik Dominika, dia tiba di sebuah pertemuan gereja dan membuka kerepeknya. Tiba-tiba seorang wanita yang tidak dikenalinya menghulurkan tangan dan mengambil sedikit kerepek dari beg itu. Orang lain pun turut berbuat demikian.  

Menyerahkan Pekerjaan kepada Tuhan

Saya menulis rencana untuk majalah yang dianggap “penting”, maka saya pun bertungkus lumus untuk menulis artikel dengan sebaik mungkin bagi editor kanan majalah itu. Oleh sebab saya menghadapi tekanan untuk mencapai standardnya, saya terus menulis buah fikiran dan idea saya berulang kali. Tetapi apakah masalah saya? Adakah topik saya mencabar? Atau adakah kerisauan sebenar saya sesuatu yang peribadi: Adakah editor itu akan berpuas dengan saya dan bukan hanya penulisan saya?

Berakar Umbi dalam Tuhan

“Pokok berbunga lilac meliang-liuk ditiup angin.” Bait pembuka untuk puisi musim bunga si pemuisi, Sara Teasdale yang bertajuk “Mei”, mengabadikan bayangan rimbunan tumbuhan yang berwarna ungu ini yang melambai-lambai dalam angin kencang. Tetapi Teasdale sebenarnya meratapi cinta yang hilang, dan puisinya segera bernada sedih.  

Tinggikan Suhu

Suhu di Colorado, tempat tinggal kami berubah dengan cepat—kadang-kadang hanya dalam beberapa minit. Oleh itu, suami saya, Dan, ingin tahu tentang perbezaan suhu di dalam dan di sekitar rumah kami. Sebagai penggemar peralatan, dia teruja untuk mengeluarkan “mainan” terbarunya, iaitu termometer yang menunjukkan bacaan suhu di empat “zon” di sekitar rumah kami. Saya mengusik dengan berkata inilah suatu alat “bodoh”, tetapi saya terkejut apabila mendapati diri saya juga sering memeriksa suhu. Saya teruja melihat perbezaan suhu di dalam dan di luar rumah. 

Petugas Waktu Malam

Jam menunjukkan pukul 3 pagi di hospital rawatan penyakit akut (penyakit yang muncul dengan tiba-tiba). Seorang pesakit yang risau menekan butang panggilan untuk kali ke-4 dalam masa sejam. Jururawat syif malam menjawab tanpa berkeluh. Tidak lama kemudian, pesakit lain menjerit meminta perhatian. Jururawat itu tidak terkejut. Dia meminta bertugas sebagai syif malam 5 tahun yang lalu untuk mengelakkan kesibukan hospital pada siang hari. Kemudian realiti melanda. Kerja syif malam sering bererti dia harus mengambil tugas tambahan seorang diri seperti mengangkat dan memusingkan pesakit di katil. Ini juga bererti dia harus memantau keadaan pesakit dengan teliti supaya doktor dapat diberitahu dengan serta-merta sekiranya pesakit berada dalam kecemasan.

Lakukan Dengan Sederhana

E-mel itu pendek tetapi bernada mendesak. “Aku perlukan keselamatan. Aku ingin mengenal Yesus.” Permintaan yang luar biasa. Tidak seperti rakan dan keluarga yang enggan menerima Kristus, orang ini amat yakin dengan keputusannya. Tugas saya adalah membuang keraguan diri tentang penginjilan dan hanya berkongsi konsep utama, ayat Alkitab dan sumber-sumber yang dipercayai untuk memenuhi permintaan lelaki ini. Bermula dari sini dan dengan iman, Tuhan akan memimpin perjalanan rohaninya.

Menggunakan Kurnia Kita

Pada tahun 2013, pelakon British, David Suchet sedang menjalani penggambaran episod TV terakhir sebagai Hercule Poirot, iaitu detektif Belgium kegemaran Agatha Christie, penulis novel jenayah. Dia juga membintangi pertunjukan pentas ketika dia memainkan “watak paling utama dalam hidupnya.” Antara projek-projek tersebut, dia merakam versi audio seluruh Alkitab bahasa Inggeris, daripada kitab Kejadian hingga Wahyu dengan 752,702 patah perkataan selama lebih daripada 200 jam. 

Pertolongan-Nya yang Luar Biasa

Syerif itu kagum dengan “ratusan ribu atau mungkin berjuta-juta doa” yang dipanjatkan kepada Tuhan, memohon pertolongan-Nya ketika kebakaran besar (East Troublesome Fire) terjadi di pergunungan Colorado pada musim luruh 2020. Seperti namanya Troublesome (Masalah), kebakaran itu menjilat habis 100,000 ekar kawasan dalam masa 12 jam. Ia marak melalui hutan kering, menghanguskan 300 buah rumah dan hampir memusnahkan seluruh bandar berhampiran. Kemudian datanglah “Rahmat Tuhan,” gelaran yang diberi oleh seorang ahli meteorologi. Ia bukan hujan, tetapi salji yang turun tepat pada masanya. Salji turun awal pada tahun itu dan turun di atas zon kebakaran, menyebabkan api lambat merebak serta memadamkan kebakaran di beberapa tempat.