Kuduslah Nama-Mu
Pada suatu petang, saya sedang berbincang tentang penyalahgunaan nama Tuhan dengan seorang kawan yang saya anggap sebagai mentor rohani. “Jangan sebut nama-Ku untuk maksud yang jahat,” hukum ketiga mengatakan (Keluaran 20:7). Kita mungkin berfikir bahawa hal ini berkaitan dengan menggunakan nama Tuhan dalam perkataan sumpah atau menggunakannya secara tidak serius dan tidak hormat. Mentor saya jarang melepaskan peluang untuk mengajar saya tentang iman sebenar. Dia mencabar saya untuk berfikir tentang cara-cara lain yang kita menyalahgunakan nama Tuhan.
Angsa Dan Orang Yang Menyusahkan
Sewaktu kami baru berpindah ke rumah kediaman kami sekarang, saya amat suka menikmati kecantikan sekawan angsa yang bersarang berdekatan rumah kami. Saya terpegun untuk melihat bintang-binatang ini saling memerhatikan dan berenang dalam garis lurus, malah terbang dalam bentuk V di udara. Ini juga sangat menyeronokkan untuk memperhatikan angsa-angsa membesarkan anak-anak yang masih kecil.
Anda Terlepas Peluang
Saya telah mendengar perkataan yang amat menyedihkan hari ini. Dua orang lelaki yang percaya kepada Kristus telah membincangkan suatu isu dan mereka mempunyai perbezaan pendapat tentang isu itu. Lelaki yang lebih tua kelihatan bangga diri kerana dia menggunakan Kitab Suci seperti senjata, memotong terus-menerus apa sahaja yang dilihatnya sebagai kesalahan dalam hidup lelaki yang lebih muda. Orang yang muda itu pula kelihatan bosan dengan syarahan tersebut, sikap orang tua itu, lalu menjadi tawar hati.
Semua Selamat! Semua Baik!
Pada bulan Januari 1915, kapal Endurance terperangkap dan karam di dalam ais di luar pantai Antartika. Kumpulan peneroka kutub, yang diketuai oleh Ernest Shackleton, terselamat dan berjaya sampai ke Elephant Island dalam tiga bot kecil. Ketika terperangkap di pulau yang tidak didiami ini, jauh daripada laluan perkapalan biasa, mereka mempunyai satu harapan. Pada 24 April, 1916, 22 orang lelaki menyaksikan Shackleton dan lima rakan di dalam sebuah bot penyelamat kecil belayar keluar ke South Georgia, sebuah pulau 800 kilometer dari situ. Kemungkinan untuk selamat kelihatan mustahil, dan jika mereka gagal, mereka semua pasti akan mati. Alangkah gembiranya, apabila lebih daripada empat bulan kemudian sebuah bot muncul di kaki langit dengan Shackleton yang berteriak di busur bot, “Adakah kamu semua baik?” Dan mereka mendengar jawapan itu, “Semua selamat! Semua baik!”
Ciptaan Baru
Pada permulaan hidup pekerjaan saya, saya mempunyai seorang rakan sekerja yang sangat suka menyumpah menggunakan nama Tuhan. Dia selalu mengejek orang Kristian yang baharu dalam iman mereka dan sesiapa juga yang cuba menginjilinya. Pada hari saya berhenti kerja disebabkan berpindah ke daerah lain serta tempat pekerjaan yang baru, saya teringat akan rakan sekerja ini yang mungkin tidak akan menjadi pengikut Yesus.
Aku Datang Untuk Membantu
Penerangan yang jelas daripada wartawan Yakub Riis akan kemiskinan dalam abad ke-19 di Bandaraya New York menakutkan orang ramai yang pada umumnya berpuas hati. Bukunya How the Other Half Lives yang menggabungkan tulisannya dengan gambar-gambarnya sendiri untuk memberikan gambaran yang jelas supaya orang ramai tidak boleh melepaskan diri daripada kewujudan kemiskinan yang mendesak. Anak ketiga daripada lima belas orang adik-beradik, Riis menulis dengan berkesan kerana dia telah hidup dalam dunia keputusasaan yang dahsyat itu.
Bersuaralah
Apabila saya mendengar kisah-kisah tentang kanak-kanak dan remaja yang dibuli, saya mendapati bahawa terdapat sekurang-kurangnya dua tahap kelukaan pada mereka. Tahap kelukaan yang pertama dan yang paling ketara datang daripada sikap yang tidak bertimbang rasa dan tidak bersimpati daripada si pembuli. Tahap pertama ini sahaja sudah cukup dahsyat. Namun, terdapat satu tahap kelukaan lagi yang lebih parah, yang mungkin akan berakhir dengan keparahan yang lebih teruk daripada yang pertama tadi: Sikap orang lain yang hanya berdiam, tidak bersuara untuk membela mereka yang dibuli.
Tidak Berkata Selamat Tinggal
Francis Allen telah membimbing saya mengenal Yesus. Sekarang sudah hampir masanya dia bersemuka dengan Yesus, yakni meninggal dunia. Saya berada di rumahnya apabila menjelang masa untuk dia mengucapkan selamat jalan. Saya ingin berkata sesuatu yang bermakna dan tidak dapat dilupakan bagi Francis.
Hampir sejam saya berada di tepi katilnya. Dia tertawa terbahak-bahak pada cerita tentang diri saya. Kemudian dia berasa…
Bermula Dari Sini!
Pada 6 Jun 1944, tiga orang pegawai Amerika berlonggok dalam kawah bom di Pantai Utah di Normandy, Perancis. Ketika mereka menyedari bahawa arus laut telah membawa mereka ke tempat yang salah di pantai itu, ketiga-tiga orang itu membuat satu keputusan dengan segeranya: “Kita akan mulakan peperangan dari sini juga.” Mereka perlu bergerak maju dari titik permulaan yang sukar.