Pada bulan Januari 1915, kapal Endurance terperangkap dan karam di dalam ais di luar pantai Antartika. Kumpulan peneroka kutub, yang diketuai oleh Ernest Shackleton, terselamat dan berjaya sampai ke Elephant Island dalam tiga bot kecil. Ketika terperangkap di pulau yang tidak didiami ini, jauh daripada laluan perkapalan biasa, mereka mempunyai satu harapan. Pada 24 April, 1916, 22 orang lelaki menyaksikan Shackleton dan lima rakan di dalam sebuah bot penyelamat kecil belayar keluar ke South Georgia, sebuah pulau 800 kilometer dari situ. Kemungkinan untuk selamat kelihatan mustahil, dan jika mereka gagal, mereka semua pasti akan mati. Alangkah gembiranya, apabila lebih daripada empat bulan kemudian sebuah bot muncul di kaki langit dengan Shackleton yang berteriak di busur bot, “Adakah kamu semua baik?” Dan mereka mendengar jawapan itu, “Semua selamat! Semua baik!”

Apakah yang menyatukan orang-orang ini dan membuat mereka masih hidup beberapa bulan itu? Iman dan pengharapan yang diletak pada seorang lelaki. Mereka percaya bahawa Shackleton akan mencari jalan untuk menyelamatkan mereka.

Contoh iman dan pengharapan manusia ini menggemakan iman wira-wira yang tersenarai dalam Ibrani 11. Iman mereka yang “yakin sungguh-sungguh akan perkara-perkara yang diharapkan, dan mempunyai kepastian akan perkara-perkara yang tidak dapat kita lihat” telah memelihara mereka melalui kesukaran dan ujian yang dahsyat (Ibrani 11:1).

Sementara kita melihat pada ancaman masalah kita sendiri, kiranya kita tidak putus asa. Semoga kita juga mempunyai pengharapan melalui kepastian iman kita dalam Seorang Peribadi, iaitu Yesus, Tuhan dan Penyelamat kita.