Penulis

Lihat semua

Artikel oleh Tim Gustafson

Perjalanan yang Perlahan

Caleb jatuh sakit. Keadaannya amat serius! Doktor mendiagnosis dia menghidapi penyakit sistem saraf, sehingga dia yang berumur 5 tahun itu menjadi lumpuh untuk sementara. Ibu bapanya yang cemas itu berdoa dan menunggu. Dengan perlahan-lahan, Caleb mula pulih. Selepas beberapa bulan, apabila doktor membenarkan dia pergi ke sekolah, namun Caleb hanya dapat berjalan dengan perlahan dan tertempang-tempang.

Membeli-Belah Dengan Liam

Anak lelaki saya Liam gemar memetik bunga-bunga dandelion untuk ibunya. Sehingga hari ini, ibunya tidak pernah letih menerima bunga-bunga itu. Rumput bagi seorang lelaki boleh berupa bunga bagi seorang anak lelaki.

Sesuatu Yang Baharu

Ia hanyalah serpihan kayu, tetapi Charles Hooper melihat nilai dalam kayu itu. Mula-mula dia membuat lakaran pelan yang mudah, agar menyelamatkan kayu lama itu dari gedung jagung yang sudah lama dibiarkan. Kemudian dia menumbangkan beberapa pokok oak dan poplar dari hutan kayunya dan dengan teliti dia memotong kayu-kayu itu menjadi empat segi, dengan menggunakan kapak besar datuknya. Satu demi satu, dia mula memadan-kan kayu yang lama dengan yang baharu.