Penulis

Lihat semua

Artikel oleh Tim Gustafson

Pax Romana

Tiada sesiapa pun dapat menanggung akibat daripada perang. Kini banyak negara sedang terlibat dalam konflik bersenjata. Bila dan bagaimanakah perang itu akan berakhir? Kita menginginkan kedamaian, tetapi tidak mahu keadilan dikorbankan.

Rangkap Ketujuh

Pada musim panas tahun 1861, isteri kepada Henry Wadsworth Longfellow, iaitu Frances, telah meninggal dunia dalam satu kebakaran yang tragik. Pada Krismas yang pertama tanpa kehadiran isteri, Henry menulis dalam diarinya, “Alangkah sedihnya musim cuti ini.” Tahun berikutnya keadaan masih sama, seperti yang direkodkan dalam diari, “ ‘Krismas adalah musim gembira,’ kata anak-anak, tetapi tidak lagi gembira bagi saya.”

Melihat Melintasi Kekecewaan

Mungkin anda pernah menonton video tentang seorang budak lelaki yang mendapat tahu bahawa dia akan mendapat seorang adik perempuan lagi. Di pertengahan kekecewaannya dia mengeluh, “Asyik perempuan, perempuan, perempuan!”

Askar-Askar Finland Yang Hebat

Bunyi senandung mula berdengung dari jauh, kemudian semakin kuat menjadi kebisingan yang menya. Dengan berani dia bertanya dengan kuat tentang musuh: “Di manakah kita mendapat tempat untuk menguburkan mereka semua?”

Betul-Betul Angkuh

“Dia fikir dia benar-benar hebat!” Itulah penilaian rakan saya terhadap seorang rakan Kristian yang kami kenal. Kami fikir kami melihat di dalam dirinya ada roh keangkuhan. Kami sedih apabila kami mengetahui tidak lama kemudian dia terperangkap dalam beberapa salah laku yang serius. Dengan meninggikan dirinya, dia tidak mendapat apa-apa kecuali masalah. Kami menyedari bahawa hal itu boleh berlaku kepada kami juga.

Kita Ada Buah!

Ibu muda itu mengeluh apabila dia menyediakan sedikit makanan untuk makan tengah hari untuk anak perempuannya yang berusia 3 tahun. Sambil memandang bakul buah-buahan yang kosong di atas meja di dapur kecil mereka, dia mengeluh dan berkata dengan kuat, “Kalaulah kita mempunyai sebakul buah-buahan, saya akan berasa kaya!” Anak kecilnya terdengar kata-katanya.

Kotak Tisu

Sementara saya duduk dalam bilik menunggu pembedahan, saya ada masa untuk berfikir. Saya pernah berada di sini sebelum ini, ketika saya menerima berita buruk bahawa satu-satunya adik lelaki saya, yang masih muda, meninggal dunia akibat “mati otak.”

Kesempurnaan Yang Keterlaluan

Dr. Brian Goldman mempunyai keinginan yang keterlaluan untuk merawat pesakitnya dengan sempurna. Namun dalam satu siaran rancangan televisyen, dia mengaku akan kesilapan yang pernah dibuatnya. Dia memberitahu bahawa dia pernah merawat seorang wanita di bilik kecemasan kemudian membuat keputusan untuk membenarkan dia pulang. Beberapa waktu kemudian, seorang jururawat bertanya kepadanya, “Doktor, ingat lagi pesakit yang kamu benarkan pulang? Dia telah kembali ke sini.” Pesakit tersebut telah dimasukkan ke hospital semula tetapi meninggal dunia kemudian. Hal ini meremukkan hatinya. Dia giat berusaha lagi untuk menjadi lebih sempurna, namun akhirnya dia menyedar bahawa adalah mustahil untuk mencapai kesempurnaan.

Wira-Wira Yang Mengecewakan

Sebuah buku baru-baru ini, yang memasukkan sedikit fiksyen pada secebis sejarah Amerika Syarikat, telah menggambarkan penembak Old West, iaitu Wyatt Earp dan Doc Holliday, sebagai gelandangan pemalas. Dalam temu bual dengan National Public Radio, penulis berkata tentang Earp yang sebenar, “Dia tidak berbuat apa-apa yang luar biasa sepanjang hidupnya, tidak pernah.” Selama bertahun-tahun, dalam buku dan filem Hollywood, mereka telah menjadi wira. Namun, catatan sejarah yang bereputasi baik menunjukkan bahawa mereka bukan wira.