Penulis

Lihat semua
Winn Collier

Winn Collier

Winn menetap di Charlottesville, Virginia bersama isterinya, Miska dan dua orang anak lelaki. Winn suka membina persahabatan, membeli kopi yang ada label perdagangan adil, menonton filem yang penuh hikmah, membaca buku yang berkualiti, mendaki gunung, soalan dan bersiar-siar di hutan. Winn tidak suka kepura-puraan, ancaman dan ketidakadilan. Winn menulis bagi beberapa majalah dan merupakan penulis bagi empat buah buku: Restless Faith: Hanging on to a God Just Out of Reach; Let God: The Transforming Wisdom of François Fénelon; Holy Curiosity: Encountering Jesus’ Provocative Questions;  dan buku fiksyen terbarunya, Love Big, Be Well: Letters to a Small-Town Church. Winn ialah pastor bagi gereja All Souls Charlottesville.

Artikel oleh Winn Collier

Penyelamatan Ilahi

Setelah menerima panggilan kecemasan, seorang anggota polis dengan segera memandu di sepanjang landasan kereta api, tempat kejadian itu. Dia memasang lampu sorotnya dalam kegelapan sehingga dia melihat sebuah kenderaan terbabas di atas landasan kereta api. Kamera papan pemuka anggota polis menangkap saat kejadian yang mengerikan ketika kereta api bergerak ke arah kereta tersebut. Menurut petugas di situ, kereta api itu bergerak dengan kelajuan 80km hingga 130km per jam. Tanpa teragak-agak, dia sempat menarik seorang lelaki yang tidak sedar diri dari kereta beberapa saat sebelum kereta api itu menghempasnya. 

Keadilan yang Sempurna

Pada tahun 1983, 3 remaja ditangkap atas tuduhan pembunuhan seorang budak lelaki berusia 14 tahun. Menurut laporan, remaja itu “ditembak ... disebabkan sebuah jaket sukan yang berjenama.” Akibatnya, ketiga-tiga mereka dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Setelah dipenjarakan selama 36 tahun, akhirnya bukti ditemukan dan mendapati mereka tidak bersalah. Rupanya pembunuh adalah orang lain. Sebelum hakim membebaskan mereka, dia mengeluarkan penyataan maaf.

Air yang Berkelimpahan

Di Australia, laporan tentang “kisah suram” kemarau yang dahsyat dicatatkan. Menurut laporan itu, ia merupakan tahun yang mengerikan dengan curahan hujan yang sangat sedikit. Kebakaran besar-besaran berlaku sehingga ke kawasan luar bandar. Ikan tidak dapat hidup dan tanaman termusnah. Semua itu disebabkan oleh ketiadaan sumber yang sering dianggap mudah iaitu air, sumber yang kita perlukan untuk hidup. 

Melihat Dengan Pandangan Baru 

Kini, ada sebuah permainan video yang popular dan menjadi fenomena budaya. 100 orang pemain ditempatkan di sebuah pulau maya untuk bertanding sehingga tinggal seorang pemain sahaja. Setiap kali jika salah seorang pemain menyingkirkan anda daripada pertandingan itu, anda boleh terus menyaksikan pertandingan tersebut dari sudut pandangan pemain itu. Seorang wartawan menulis, “Apabila anda melihat dari sudut pandangan pemain lain, perasaan anda beralih daripada pemeliharaan diri sendiri kepada semangat kesetiakawanan. Anda mula memperhatikan orang yang tidak dikenali dan telah menyingkirkan anda sebentar tadi.”

MEMBATASI DIRI KERANA KASIH

Kebanyakan anak muda bangsa Samoa mencacah tatu untuk menandakan tanggungjawab mereka kepada kaum dan ketua bangsa mereka. Maka, tatu menutupi seluruh lengan anggota pasukan ragbi lelaki Samoa. Namun, apabila pasukan tersebut pergi ke Jepun, mereka menyedari bahawa simbol tatu itu membawa konotasi negatif dan ia akan menimbulkan ketidakselesaan kepada tuan rumah mereka. Sebagai tanda persahabatan, pasukan Samoa pun mengenakan sarung lengan berwarnakan kulit untuk menutupi corak tatu mereka. “Kami menghormati dan peka terhadap adat dan budaya orang Jepun,” jelas ketua pasukan. “Kami akan memastikan bahawa penampilan kami baik-baik saja.” 

Memberi daripada Kekurangan

Jutawan-jutawan Warren Buffett, dan Bill dan Melinda Gates melakar sejarah ketika mereka melancarkan Ikrar Pemberian, berjanji akan menyumbangkan separuh wang mereka. Sehingga 2018, mereka ini masing-masing sudah memberi sebanyak 92 bilion dolar Amerika. Ikrar itu membuat ahli psikologi, Paul Piff ingin tahu corak memberi. Melalui ujian penyelidikannya, dia mendapati bahawa orang miskin cenderung memberi 44 peratus lebih banyak daripada apa yang dimiliki mereka jika dibandingkan orang kaya. Mereka yang pernah mengalami kemiskinan sering tergerak untuk lebih bermurah hati.

PEMIKIRAN YANG BERBEZA

Semasa di universiti, saya menghabiskan kebanyakan masa musim panas di Venezuela. Makanannya sangat enak, penduduknya ceria dan ramah dan cuacanya indah. Walau bagaimanapun, Selepas 1 atau 2 hari yang pertama, saya mendapati bahawa pandangan terhadap pengurusan masa saya tidak sama dengan rakan-rakan baru saya. Jika kami merancang untuk makan tengah hari, ini bermakna antara pukul 12:00 dan 1:00 petang. Perkara ini juga berlaku bagi masa perbincangan atau melancong: ia hanya satu anggaran masa tanpa ketepatan. Saya menyedari bahawa konsep saya tentang “ketepatan masa” adalah terbentuk daripada budaya saya sendiri secara mendalam.

RUMAH DI ATAS BATU

Sebanyak 34,000 buah rumah di sebuah negeri di Amerika Syarikat berisiko untuk mengalami keruntuhan disebabkan asasnya yang bermasalah. Tanpa disedari, sebuah syarikat konkrit menarik batu yang terikat dengan mineral dari sebuah kuari, sehingga konkrit retak dan hancur setelah suatu jangka waktu. Asas untuk hampir 600 buah rumah telah musnah, dan angka itu dijangka akan melonjak setelah suatu jangka waktu.

Kuat Perkasa

Saybie yang dilahirkan sebagai “micro preemie” (bayi pramatang) pada usia 23 minggu hanya seberat 245 gram. Doktor menjangka Saybie tidak akan hidup dan memberitahu ibu bapanya bahawa mereka mungkin hanya mempunyai 1 jam untuk bersama-sama bayi perempuan mereka. Tetapi Saybie terus bertahan. Kad berwarna merah jambu di sisi katil bayinya tertulis “Kecil tetapi Kuat”. Setelah 5 bulan di hospital, dengan ajaib Saybie pulang ke rumah sebagai bayi sihat yang seberat 2.27kg. Dia mencatatkan rekod dunia: bayi terkecil yang masih hidup di dunia.