Category  |  Pedoman Harian

Hidup telah Ditunjukkan

Pada tahun 1986, bencana nuklear Chernobyl di Ukraine menjadi perhatian paling menonjol di dunia. Apabila sudah jelas betapa dahsyatnya malapetaka itu, para pegawai bergegas melancarkan usaha genting untuk membendung sinaran radioaktif. Sinar gama daripada reruntuhan puing yang sangat tinggi radioaktifnya dan membawa maut terus memusnahkan robot yang digunakan untuk menangani musibah itu.

Tuhan Mengenal Aku  

Apabila kakak saya menemukan sebuah buku cerita dari zaman kanak-kanak kami, ibu saya yang berusia tujuh puluhan sangat gembira. Ibu teringat semua kelucuan dalam cerita itu, tentang seekor beruang yang mencuri madu lalu dikejar oleh sekawan lebah yang marah. Dia juga teringat bagaimana saya dan kakak saya ketawa kerana kami menduga beruang itu dapat melarikan diri. “Terima kasih kerana sentiasa bercerita kepada kami semasa kami kanak-kanak,” saya memberitahu ibu saya. Dia mengetahui seluruh kisah hidup saya, termasuk perangai saya sebagai anak kecil. Sekarang saya sudah dewasa, namun dia masih mengenal dan memahami saya.

Menjadi Pendorong

“Dorongan yang tulus dan kuat.” Itulah ungkapan yang digunakan oleh J. R. R. Tolkien untuk menggambarkan sokongan peribadi yang diberikan oleh sahabat dan rakan sekerjanya, C. S. Lewis, semasa dia menulis epik trilogi yang bertajuk The Lord of the Rings. Kerja Tolkien dalam siri ini sangat teliti dan berat tuntutannya. Dia sendiri menaip manuskrip yang panjang itu lebih daripada dua kali. Apabila dia menghantar manuskrip tersebut kepada Lewis, Lewis membalas, “Jerih perihmu yang memakan masa bertahun-tahun lamanya adalah berbaloi.” 

Nama Baik bagi Kristus

Semasa pengajian Charlie Ward belajar di Universiti Negeri Florida, dia merupakan pelajar atlet dua jenis sukan. Pada tahun 1993, pemain muda yang berperanan sebagai pemain suku belakang(quarterback) dalam bola sepak Amerika (quarter-back) yang muda itu telah memenangi Piala Heisman, malah dia dianugerahi sebagai pemain bola sepak universiti Amerika yang terbaik, dan dia juga serta pemain bintang dalam pasukan bola keranjang.

Respons Kesyukuran

Ikan mentah dan air hujan, inilah bekalan makanan bagi seorang anak kapal dari Australia yang bernama Timothy selama tiga bulan, apabila dia terdampar di atas kapal katamarannya yang rosak akibat ribut. Dia sudah kehilangan harapan, tambahan lagi dia terhumban kira-kira sejauh 1,900 kilometer dari daratan di Lautan Pasifik. Mujurnya sebuah anak kapal bot tuna dari Mexico ternampak botnya yang rosak itu dan menyelamatkannya. Kemudian, lelaki yang kurus dan berkulit kusam itu pun berkata, “Terima kasih banyak-banyak, kepada kapten dan syarikat nelayan yang telah menyelamatkan nyawa saya!”

Perintah Larangan

Seorang lelaki di mahkamah memfailkan perintah sekatan terhadap Tuhan. Dia mendakwa Tuhan memperlakukan dia dengan “sangat buruk”, dan telah menunjukkan “sikap yang amat negatif.” Ketua hakim membatalkan guaman itu. Dia berkata lelaki itu memerlukan bantuan bukan dari mahkamah, tetapi untuk kesihatan mentalnya. Inilah kisah benar yang lucu, tetapi juga menyedihkan.

Diampuni oleh Tuhan

Sekitar cuti kebangsaan Hari Kesyukuran, presiden Amerika Syarikat mengalu-alukan kedatangan dua ekor ayam belanda ke Rumah Putih sebelum menganugerahkan pengampunan presiden. Ayam belanda itu sepatutnya dihidangkan sebagai makanan tradisional utama pada hari yang istimewa ini, namun kini ayam belanda itu terselamat untuk meneruskan sisa hidup mereka di ladang. Walaupun ayam belanda tidak dapat memahami kebebasan yang telah diterima, tradisi tahunan yang luar biasa itu menyerlahkan kuasa pengampunan yang memberikan nyawa.

Cahaya Kristus Bersinar Terang

Apabila lampu-lampu jalan di Highland Park, Michigan terpadam, sumber cahaya lain—matahari mula menyerlahkan kepentingannya. Bandar itu kekurangan dana untuk membayar syarikat utiliti. Pihak lembaga elektrik pun mematikan lampu jalan dan mengeluarkan mentol daripada 1,400 tiang lampu. Keadaan itu menyebabkan penduduk tempatan berasa tidak selamat dan selalu dalam kegelapan. “Beberapa orang kanak-kanak dalam perjalanan ke sekolah sekarang,” kata seorang penduduk kepada wartawan. “Kita tak ada lampu, tetapi mereka terpaksa menggunakan jalan itu juga.”

Rakan Kongsi Tuhan

Apabila rakan saya dan suaminya berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, doktor mengesyorkan dia menjalani prosedur perubatan. Tetapi kawan saya teragak-agak. “Bukankah doa sudah mencukupi untuk menyelesaikan masalah kita?” dia bertanya. “Adakah saya benar-benar perlu melakukan prosedur itu?” Rakan saya cuba mencari jawapan tentang peranan tindakan manusia dalam pekerjaan Tuhan.